Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

10 December 2008

tiada ruang untukmu wahai "MARAH"

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yang diluar batasan. Jadi Islam mengajar untuk menahan marah seperti berikut:

PERTAMA:

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa-apa situasi.

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dalam hal ini seperti kisah yang berikut :

Suatu hari seorang lelaki yg bernama Zaid bin Sa'nah (sebelum keislamannya) , datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid datang dengan penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dengan senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yang kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dengan baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dengan cara yang baik"

Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.

Dengan sikap dan akhlak yang ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam.

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

KEDUA:

Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain. Firman Allah swt:

"Orang-orang bertakwa ialah orang yang berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

"sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari"
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

"tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan"
(hadith riwayat Abu Daud)

KETIGA:

Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah Ta'ala :

"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)

2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dengan keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam"
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

KEMPAT:

Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

KELIMA:

Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali"
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

KEENAM:

Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. maka yg demikian, yang dapat memadamkn api adalah air yang dapat diperoleh daripada berwudhuk demikian dengan izin Allah dapat meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yang marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

p/s: semoga bersama dapat mencontohi ahlak Rasulullah s.a.w.

wallahualam~

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)