Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

29 April 2015

Menyusukan bayi lelaki

Alhamdulillah Hadi sudah genab usianya 1 tahun 16.4.2015 yang lalu. Sudah berjalan. Tapi jalan-jalan jtuh. Sangat mint buku. Suara pon dah keluar bunyi macm-mcm. mumbling sorang-sorang:)


Rasa cepatnya masa berlalu dan aku, kurang lebih da lebih kurang 11bulan 3minggu lagi tempoh menyusukan Hadi. Rasa macam countdown pula. Belum habis masa tapi dh rasa rindu? Macam mana tu...

Tumbuh gigi awal

Fatiyyah dulu, satu tahun pertama memang heaven susukn dia sebab selepas satu tahun baru fatiyyah tumbuh gigi. hooray.. 


Tapi bila Hadi, umur 4 ke 5 bulan dia dah tumbuh gigi. Ibarat mimpi ngeri rasanya. Tapi nak buat macam mana? Hadap jela.. Waktu dia tergigit, rasa macam kene renjatan eletrik aku rasa, 

Ada tips, tekan hidung dia ,baby akan lepaskan kan? Tapi tak sempat nak tekan.T_T. huhu. 

Especially bila dia nak masukkan puting ke dalam mulut nak menyusu, dia akan "kaut" dengan gigi. haha. Bijak betul budak ni. So nak elakkan, aku masukkan terus dalam mulut dia.

Sakitnya kadang sampai 3 ke 4 hari. Ada yang sampai kene demam. Tapi aku setakat ni alhamdulillah, tak pernah demam disebabkan perkara ini.

Waktu malam

Bila ada anak, waktu malam memang TIDAK PERNAH untuk tidak terjaga dari tidur. ada waktu-waktunya Hadi nak sentiasa menyusu. waaahh... ni memang penat sebab kene mengiring je.

Setiap kali di bangun nak menyusu, mesti aku akan terjaga, amazing nya Allah bagi sensor mcam ni dekat ibu-ibu. Kalau la aku tidur style macam Abi dia yang tidur, haha. lapar sampai ke pagi la baby tuh!

90% msih lagi susu ibu

Walaupon Hadi dah boleh makan, makanan pepejal, tapi memang 90% aku masih susukan dia sahaja. Sebab, aku yakin dengan susu ibu. Kalau boleh keluar hukum bayi yang hanya menyusu susu ibunya sehingga usia 2 tahun, hukum najis kencingnya muhafafah. Maksudnya, boleh la tu! Aku berpegang pada ini. 

Terpulang la pada anda masing-masing:)

Anak lelaki memang lagi kuat menyusu berbanding anak perempuan. Waktu tahu yang aku sedang mengandng baby boy, memang rasa nervous. huhu. 

Nervous memikirkan ganas dia menyusu tu macam mana. hehe. Sekarang ni lagi la, menyusu gaya free style ^^". mulut menyusu, badan dah menonggeng-nonggeng. Bukan main lagi.

Sekian, itu je nak kongsi.

Terima kasih!:)






No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)