Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

06 August 2010

Beritan Terkini!

PAGI

Jam 8.05am, 6/8/2010 mendapat panggilan dari office Kak Syaza memaklumkan kak ipa mengalami kemalangan. Tapi masih belum tahu lagi keadaannya bagaimana. Bersiap secepat mungkin untuk segera melawat beliau di hospital putrajaya.


KONDISI

Alhamdulillah, kondisi beliau tidak critical, pengsan sekejap namun sedar semula beberapa ketika kemudian. Kesalahan bukan dari pihak beliau, tetapi direpuh dari arah tepi oleh sebuah kereta myvi yang kononnya badget boleh lepas tapi rupanya tak lepas dan merempuh kereta mangsa lalu terbalik. Ditanya apa yang telah berlaku, beliau langsung tidak dapat mengingatinya.

Beliau di keluarkan dari kereta oleh pengguna highway tersebut itu juga. Keadaannya pada mulanya dilaporkan parah kerana di syaki patah tulang rusuk atau patah tulang belakang.


SITUASI SEBENAR

Lebih kurang 2jam berada dibilik kecemasan menjalani proses X-ra di dapati bahawa tulang belakangnya patah! Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas beliau menjalani City-Scan dan di dapati tulang belakangnya C-12 telah patah.

Namun, syukur alhamdulillah bahagiannya tersebut tidak mengenai bahagian saraf-saraf yang sensitif. Beliau boleh menggerakkan kaki dan buang air, cuma harus berbaring tanpa bantal dalam tempuh beberapa ketika (beberapa minggu). Doktor kata, beliau mesti menjalani pembedahan, namun sebarang keputusan adalah esok kerana menunggu doktor pakat "spinal court".


RALAT

Aku berasa cukup ralat kerana baru sehari lepas beliau bank in dalam account untuk apply MEDICAL CARD. Cadangnya untuk submit borang beliau pada pagi ini, namun takdir Tuhan mendahului! Innalillah hiwainailaihirojiun.......

Doktor kata, it is good sign that she could move her legs.. Namun, rawatan di hospital kerajaan tidak sepantas yang di jangka, terpaksa menunggu giliran dan menggambil masa... Kak ipa... if I could reverse the time to ask you apply the medical card early... Rasa macam nak pindahkan je dia ke hospital swasta, pasti lebih cepat segalanya...


MEDICAL CARD..PERLINDUNGAN

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian, ramadhan bakal tiba, syawal bakal menjelma.. Kemalangan di waktu-waktu kemuncak ini akan meningkat secara mendadak! Sampai-sampaikanlah kepada oran tersayang untuk sama-sama ada perlindungan. dan medical card. Doakan sahabat saya.. Alifah bt Ahmad moga beliau diberi kekuatan dan semoga cepat sembuh..

Syukran Jiddan... Thank you so much... Terima kasih banyak-banyak....

01 June 2010

Apa yang kau impi?

KELUARGA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT

Sudah tentu perkara nilah yang menjadi idaman setiap insan di dunia yang muslim, bahkan bukan muslim sekalipon, tapi kita lihat dari sudut Islam dan muslim. Lagu in-team yg femes tu "sebelum di ijab qabulkan, syariat tetap membataskan". Maksudnya? Maksudnya...hidup bersyariat adalah lebih membahagiakan. hurm...hukum dan syariat dalam Islam cukup cantik, tapi kenapa masih ramai lagi yang tewas? Kenapa orang a'lim pon masih ramai lagi yang tewas? Kenapa pak imam pon masih ramai lagi yang tewas? Kenapa budak jemaah pon masih ramai lagi yang tewas?

Sebab....mungkin sebab ikhtilat tidak di jaga daripada asas. Arahan dari Allah tak "dipedulik", secara tidak sedar, mungkin merasakan diri "kuat" dengan iman, mungkin merasakan tidak akan pernah kecundang. Lalu syaitan yang tak pernah berputus asa perlahan-lahan memerangkap jerangkap samar, sebab? Manusia selalu lalai dan leka dengan kemahuan dunia, walaupon pada mulanya seperti "berpandukan akhirat". Tewas juga akhirnya.... Apa yang berlaku? Kita merasakan sms tidak akan membawa kesan apa-apa, kita merasakan panggilan telephone tak membawa kesan apa-apa, kita merasakan panggilan "manja" tidak membawa kesan apa-apa, kita merasakan sekadar berchating di yahoo messenger tidak membawa kesan apa-apa. Padahal, disitulah titik tolaknya! Bila dah sayang, tak sanggup rasanya nak berpisah walau seminit dua, kalau dah sayang, tak sanggup rasanya nak biarkan dia kelaparan dan kesusahan, kalau dah sayang, tak sanggup nak tolak permintaan dia walau kita jelas tahu perkara itu haram! Tapi.. kalau hati dah sayang..... lagi-lagi tidak di pandu dengan syariat....

Asas kepada keluarga bahagia adalah iman dan taqwa, kesinabungan sunnahtullah dan syariatullah. Cuba bayangkan dua situasi ini:

Scenario 1:
Pasangan yang dari awalnya menjaga perhubungan mereka dengan cukup teliti, menjaga dari sudut komunikasi. Tidak pernah disentuhnya pasangannya yang jelas bukan mahram. Tidak pernah di panggilnya dengan panggilan manja. Masing-masing cuba untuk memenuhi ilmu di dada, mengenal Tuhan, Allah Rabb yang maha Esa. Lebih cantik kedua pasangan ini merupakan pejuang agama! Sama-sama mengimpikan syahid, mendambakan pertemuan di akhirat kelak yang lebih dirindui daripada kehidupan duniawi yang sementara.

Mereka sama juga seperti manusia biasa, ada rindu, ada sayang, ada rasa ingin di sayangi, ada rasa ingin menyayangi. Tapi keterbatasan syariat adalah lebih di takuti. Hingga akhirnya mereka bersatu dengan ikatan pernikahan yang sah di sisi agama. Maka wanita itu menjadi miliknya, syurganya kini berada di telapak kaki suami, bukan lagi ibu dan ayah. Bayangkan, kucupan di dahi itu adalah kucupan yang julung-julung kalinya buat wanita yang kini bergelar isteri! "Sayang"...bergetar jiwa seorang isteri di panggil dengan begitu syahdu sekali.. Indahnya bila tangan yang dipimpin itu, kali pertama di genggan erat dan kejap seolah tidak mahu dilepaskan. Indahnya malam pertama suami isteri yang sebelumnya tidak pernah merasai atau menjamah apa-apa sebelum di ikat dengan ikatan pernikahan itu!

Terkadang kesibukkan suami yang ghairah dengan perjuangannya membuatkan mereka sering terpisah. Jauh tak gelisah, dekat tak resah. Kepercayaan di letakkan keatas suami kerana dia yakin, andainya si suami kukuh menjaga keperibadiannya sebelum pernikahan, masakan sekarang tidak. Bertemu Kerana Allah, berpisah kerana Allah. Hingga bertemu di syurga Allah kelak. INsyaAllah, dan semua ini meminta mujahadah yang cukup besar. Suami isteri saling tidak mencurigai, bukankah tenang dan aman? Bersolat jemaah bersama-sama, bertilawah quran bersama-sama, tika isteri lemah suami memberi tazkirah kepada isteri tercinta, pergi ke medan perjuangan bersama-sama. Sama-sama mendalami kalamullah, sama-sama merantau di perantauan. Tika si isteri lemah, dakapan dan kucupan hanggat si suami buat isteri tercinta, begitu juga sebaliknya.. Alangkah indahnya..................................... Namun, sebuah kebahagian menuntut pengorbanan mujahadah yang tidak sedikit sahabatku!~

Scenario 2:
Perkenalan semacam remaja dinihari, semuanya terasa ingin di lakukan bersama. Dari sekecil-kecil sehingga mahu diserahkan seluruh jiwa dan raga semahunya! Ingin aku mendakapnya dengan dakapan penuh kasih sayang, ingin dikucupnya tanda kehangatan kasih yang tidak terbendung lagi. Tiada beza antara nikah atau tidak. Bangga bila dapat di pimpin tangan nan mulus kekasihnya, bangga dapat di kucup dahinya di khalayak ramai tanda wanita ini miliknya, lelaki ini miliknya. Sehingga... sehingga... sehingga di serahkan segalanya sebelum tiba masanya... Sedangkan, yang menguasai hati ini adalah Yang Khaliq, mungkin kan terputus di tengah jalan? Mungkin kan terlerai tanpa ikatan? Mungkin akan berbeza haluan? Berakhir sia-sia percintaan. Segalanya itu takdir, ragu-ragu? Lalu maruah si wanita itu yag tersisa itu di berikan kepada lelaki lain? Kasihannya, mendapat saki-baki.

Tapi, Janji Tuhan wanita baik untuk lelaki yang baik....
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia".

TAPI... Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih... Maha Mnegetahui akan hambaNYA!


"Sungguh laki-laki dan perempuan MUSLIM, laki-laki dan perempuan MUKMIN
laki-laki dan perempuan-perempuan yg tetap dalam KETAATANNYA, laki-laki dan perempaun
yang BENAR, laki-laki dan perempuan yg SABAR, laki-laki dna perempuan yg KHUSYUK, laki-laki dna permepuan yg BERSEDEKAH, lai-laki dan perempuan yg BERPUASA, laki-laki dan perempuan yg MEMELIHARA KEHORMATAN, laki-laki dna perempuan yg banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah sediakan mereka pahala dan ampunan yg besar".

Masih ada ruang untuk bahagia, masih ada ruang untuk bertaubat, masih ada ruang untuk bertemu di jannah Allah. Sungguh syurga itu menagih ujian berat, sedang neraka dipagari nikmat! Sucikanlah dirimu, jadilah wanita-wanita suci, jadilah lelaki-lelaki suci. Ujian oleh Allah untukmu adalah untuk mengangkat darjatmu lebih tinggi lagi, untuk mengajarmu bagaimana untuk kau menggunakan senjatamu. Andai noda hitam dan sisi gelap itu menghantuimu, ketahuilah Allah itu Maha penerima taubat! Luasnya pinta taubat adalah 70 tahun jauhnya larian kuda. Allahuakbar..... Masih ada runag untuk bahagia, masih ada masa untuk mendapatkan redha Allah... Selagi nyawamu belum berada di kerongkong. Allahuakbar, kasihMU pada hambaMu ini Ya Allah... Janganlah kalian berputus asa, melainkan orang-orang yang kafir. INsyaAllah... InsyaAllah.. masih ada ruang.. Bertaubatlah.. sbenar-benar taubat.. sebenar benar penyesalan.. Kenalilah Tuhanmu, yang memiliki segala keagungan....

"Hai Bani Adam, Selama engkau berdoa dan berharap kepadaKU, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripadamu, Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit dan kau meminta ampun dariKU, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya, Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepadaKU dengan membawa dosa sepenuh bumi, aslakan engkau tidak sekutukan Aku dengan sesuatu pon dan nescaya Aku isi semua itu dengan pengampunan" (Dari Anas r.a)


pesanku:Jangan kalah dengan rindu! jangan tergoda dengan nafsu! tinggalkan aku...

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)