Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

15 November 2009

Proses Kematangan diri

PERMATA YANG BERHARGA DAN CAWAN YANG CANTIK
Bagaimana terhasilnya batu-batu permata yang berkilau indah itu? Terhasilnya ia akibat proses himpitan, tekanan, dan mengambil suatu tempoh yang cukup lama.Kemudain di bentuk pula, di asah untuk memperelokkan rupanya. Sehinggalah menjadi satu batu permata yang sangat indah dan amat mahal harganya. Begitu juga dengan satu cawan yang cantik. Sebelum nak jadi cawan, kene di lebur, di ketuk, dibentuk, dipanaskan, di gilap. I asatu proses yang "menyakitkan". Lumrah, untuk mendapatkan sesuatu yang cantik terhasil, maka memerlukan satu proses yang menyakitkan, pengorbanan waktu juga.


KEMATANGAN
Ia, kematangan juga suatu perkara yang amat berharga. Ia perlu melalui satu peroses "sepak terajang", suatu proses yang menyakitkan. Dan ini hanya akan dapat jika berada di medan pertempuran. Kematangan yang aku hendak emphasize disini adalah kematangan sebagai seorang pimpinan. Sudah pasti, menjadi seorang pemimpin, memikul suatu amanah yang berat, untuk dilunaskan tanggungjawab itu. Seorang pemimpin mestilah bersedia untuk menerima sebarang kritikan, dan hendaklah bersedia menerima sebarang teguran dari sahabat-shabat pimpinan yang lain dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Kalau dahulu, apabila menerima teguran, maka akan ada sifat su'uzon dalam diri, dan berkecil hati. Tapi kini, hakikat teguran itulah yang membawa kita kembali ke landasan sebenar maka kehadirannya amat di nanti. Tanda masih ada lagi yang prihatin pada diri, tanda sayangnya Allah menegur melalui sahabat-sahabatku yang aku sayangi. Sungguh, terlalu banyak kesilapan dan kekhilafan diri sebagai seorang hamba Allah yang hina ini. Kadang tersandung tunggul kayu yang sengaja disepak, sahabat-sahabat jugalah yang membalut luka itu. Bilamana menerima teguran, kini mampu untuk mempositifkan diri di tahap optimum. Untuk menjadi orang yang hebat, aku mesti mempunnyai pemikiran yang hebat juga. Sedangkan nabi pon melakukan kesilapan sepertimana yang "aku" lakukan. Untuk menjadi seseorang yang hebat, akan melalui ujian yang hebat juga, jadi, kesilapan ini adalah merupakan persediaan untuk aku menjadi orang yang hebat suatu hari nanti. Dan orang yang hebat hedaklah mempunyai jati diri yang hebat juga.

Begitulah pesanku pada diri, acapkali tersalah di dalam mengatur langkah. Terkadang langkahku sumbang, maka sahabat-sahabat yang prihatin la akan menegur agar melangkah tepat dan tidak songsang.


ZONE SELESA
Aku tidak suka untuk menempatkian diri berada di "zone selesa", atau kata lain, tidak mahu menjadi budak yang bermasalah. Bukanlah bermaksud untuk "mencari masalah" dan bukan juga "attention seeker". Di sini aku lebih suka untuk berkonforontasi dengan idea dan tindakan. Jika mahu berada di zone selamat, mudah. Diam dan ikutkan saja. Namun sifat diriku sendiri tidak biasa untuk bertindak begitu.

Bak kata seorang pimpinan, "kamu MAHAsiswa, buat je! Salah nombor dua." Dan dari kesilapan-kesilapan yang aku lakukan, dari situ aku belajar kematagan di dalam "tindakan". Harus aku belajar selaraskan antara gelojak kemahuan dan kepentingan yang seharusnya diutamakan. Terkadang aku tewas dengan diri sendiri, lalu aku redah sahaja, tak kira apa yang akan jadi. Dan aku masih lagi belajar untuk berlaku matang.

Terima kasih sahabat-sahabtku kerana sudi untuk menjadi pengktitik terbaik kepada diriku. Dan jika Allah hendak mengurniakan kebaikkan kepada seseorang, akan dikurniakan sahabat-sahabat sekeliling yang soleh solehah (yang baik-baik) kepadanya.

p/s: *senyum* :)






05 November 2009

Mereka Lelaki AJNABI!



SAYANGNYA ALLAH DENGAN KAUM HAWA!
SubhanAllah, Maha Suci Allah dari sebarang kekurangan. Aku sedikit berdukacita melihat perkembangan rakan-rakan di kolej ini. Rata-ratanya seperti tidak punya jati diri. Aku tekankan kepada kaum hawa. Kaum yang dikatakan lemah, tapi sebenarnya mereka yang melemahkan diri. Macam-macam ada. Mungkin begitulah perkara yang berlaku. Aku hanya menyentuh isu yang amat sinonim dengan kaum hawa iaitu dalam menjaga "aurat". Padaku aurat itu merupakan harga diri yang tertinggi. Tapi, sekiranya di pratontonkan secara PERCUMA, lalu apa nilai yang ada padanya? Kerana dirimu begitu berharga?

Allah Ya A'lim. Allah itu Maha Mengetahui. Allah Ya Khaliq, Allah itu merupakan Sang Pencipta. SubhanAllah, kalau dah kata Dia yang mencipatakan kita, kalau kita sedar bahawa sesungguhnya kita ini makhluk cinpatanNYA. Lalu kenapa masih lagi mahu mengingkari laranganNYA. Seolah kita menabik dada mengatakan bahawa, "ikut suka akulah, aku selesa macam ini". Sebenarnya, tingkah laku kita itulah bahasa kita kepada Tuhan. Tidak takutkah anda dengan azab yang dijanjikan olehnya. Dan syurga Allah itu benar, neraka Allah tiu benar!

MACAM-MACAM
Ada yang dulunya bertutup litup, bertudung labuh, pakai stokin, tapi lepas tuh pakai tudung biasa, tak pakai stokin. Ada yang dari tak bertudung kepada bertudung, tapi pakai tudung tu macam biskut chipsmore, kejap ada, kejap tak de. Agak-agak kalau nak berfesyen atau "new look" dia pakai tudung. Ada yang time pergi kelas je dia pakai tudung, bila balik kelas pergi kedai ke, pergi pasar malam ke. Ghaib pula tudungnya. Tapi, tak kurang juga yang berubah memakai tudung dan istiqomah denganya. Macam-macam ragam manusia yang memeningkan dan mengelirukan kepala. Kadang baru harini rasa bersyukur sangat nampak dia berubah pakai tudung, tak lama selepas itu terbang pula tudungnya entah kemana. Pakai tudung saji pula..eh..eh..tak..tak..gebang je..huhu..

Tekanan aku di buatnya. Ada juga yang waktu bulan puasa memakai tudung, punya gembira hati menyambut perubahannya, moga tarbiyah ramadhan terkesan di hatinya. Tapi bila lepas ramadhan habis, hukum Allah pon habis. Pakailah undang-undang sendiri. Sedarkah anda, sebenarnya anda bermain dengan hukum Tuhan. Sedarkah KITA? Wajib tak solat? Aurat pon sama wajib macam solat. Boleh ke kata, saya tak bersedialah untuk solat? Jadi, sama juga tentang aurat. Nanti depan Allah nak cakap macam tuh? Ya Allah, aku tak bersedialah nak ikut arahan Kau Ya Allah. Nah, neraka untukmu. Nak ke begitu? Penulisan ini adalah lebih untuk muhasabah diri. Allah mensyariatkan kita untuk menutup aurat adalah untuk kebaikkan kita juga.

Seolah-olah anda membiarkan lelaki-lelaki di luar sana melihat anda secara PERCUMA, yang sepatotnya di bayar dengan mahar yang di iring dengan tanggungjawab yang berat untuk di pikul. Jadikanlah dirimu mawar berduri. Cantik, harum namun terjaga rapi.





5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT:
1) JIKA BUAT MAKSIAT DENGAN ALLAH, JANGAN MAKAN REZEKI DARINYA
2) KALAU MAHU BERMAKSIAT, JANGAN TINGGAL DIBUMINYA.
BUAT PLANET SENDIRI.
3) JIKA MASIH MAHU BERBUAT MAKSIAT, CARILAH TEMPAT TERSEMBUNYI YANG TIDAK TERLIHAT OLEHNYA.
4) MALAIKAT MAUT DATANG KATAKAN: TUNGGU SAT, AKU NAK BERTAUBAT..??
5) MALAIKAT ZABANIAH NAK BAWA KE NERAKA, JANGAN IKUT. CADANGAN, KEJUNGKAN KAKI. MACAM BOLEH?

kalau confirm 5 bende ni boleh lepas. Ha...silalah bermaksiat.



wallahualam..wassalam..

Pesanku

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh..

Terasa ingin mengatakan sesuatu, tidak tahu medium apa untuk menyampaikan, mungkin melalui penulisan ini. Moga-moga saudara menziarahi blog saya. Ahlan Wasahlan, syukran Jiddan. Pertamanya, ingin saya memohon kemaafan, seandainya diri saya mengecewakan saudara. Sesungguhnya, diri ini merasa sedih, kerana tidak dapat memberi seperti yang dihajati. InsyaAllah, ada hikmahnya.

JODOH PERTEMUAN
Pada saya, "jodoh" dan "pertemuan" membawa erti yang berbeza. Kadang sudah bertemu, tapi tidak mempunyai jodoh.Kadang memperoleh jodoh, tanpa perlu bertemu. Dan, jodoh pertemuan itu di tangan Allah s.w.t. Dia menciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Malam jodohnya siang, lelaki jodohnya perempuan. Inilah fitrah kejadian Tuhan. Sungguh indah aturannya pada mereka yang mahu menilainya dengan mata hati.

Teringat kata-kata seorang naqibah suatu ketika dulu, jodoh ni macam rezeki, ada yang dapat pagi, ada yang dapat tengahari, ada yang dapat petang, ada yang dapat malam, dan ada juga yang kempunan. Ada yang awal jodohnya, ada yang sedikit lewat. Namun, harus kita bersabar dan teruskan berusha, semata-mata untuk mencari redha Allah s.w.t. dan redho emak dan abah. Seandainya saudara belum lagi bertemu jodoh, tandanya mungkin belum tiba masa. Mungkin Allah tahu, kita belum bersedia dan Allah mahu untuk kita bersiap sedia. Mungkin juga Allah mahu menguji keikhlasan kita, sejauh mana kita mampu bersangka baik denganNYA. Mungkin juga Allah mahu memberi sesuatu yang TERBAIK untuk kita, oleh itu Dia mahu kita benar-benar bersedia untuk menerima kurniaan dariNYA ini. Oleh itu akh, janganlah bersedih dan berputus asa. Persiap dan perkemaskan diri dengan ilmu.

Mungkin juga Allah mahu kita berubah, bukan kerana pemangkin luaran. Allah mahu kita berubah (inside-out) dari dalam diri kita sendiri, agar ia kukuh andai nikmat pemangkin itu di tarik balik. Bila kita bersedia untuk berubah kerana kita sendiri benar-benar mahu berubah, mungkin dikala itulah jodoh saudara tiba. Siapa tahu? :)

ZAUJAH SOLEHAH
Setiap manusia fitrahnya mahukan sesuatu yang baik. Sedangkan "maknyah" tu pon, kalau nak cari zaujah, kalau boleh pon nak yang baik-baik belaka. Itu fitrah. Sama-samalah kita muhasabah diri kita ini, terutama saya. I don't thing I am good enough for anybody, truly. Dan saya sedang berusha untuk menjadi yang terbaik untuk si dia suatu hari nanti. Wallahualam. Saya yakin saudara seorang muslimin soleh yang baik. Sahabiah saya bercerita mengenai mak saudara, seorang yang sangat baik. Pasti dia berjaya mendidik anaknya juga dengan cukup baik.

Dan tenanglah dengan janji Allah, lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik :) Mungkin juga elok untuk muhasabah diri, pernikahan ini untuk apa, untuk mendapat suami/istri soleh? Untuk mendapat anak soleh?untuk berkeluarga?untuk memenuhi fitrah manusia? Ia, semua itu mungkin, tapi berpaksikan redho Allah atau kehendak manusiawi semata-mata. Dan saya pasti, saudara sudah jelas dengan semua ini. Yang belum jelasnya saya. Budak mentah la katakan.

Cumanya, ingin saya katakan, bersabarlah dengan debaran akan ketibaan jodoh saudara. InsyaAllah, moga dipermudahkan urusannya. Teruskan berdoa dan berdoa dan berusha dan bertawaqal. Moga diteguhkan kaki saudara di jalan perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Mohon untuk undur diri, andai ada kata-kata yang tersinggung, mohon dimaafkan. :D



(zaujan untuk nak suami soleh, zaujah isteri solehah..hee)

wallhua'alam..wassalam~

p/s:tak pandai nak bagi nasihat~ huhu

31 October 2009

Tunjang

Fuh..fuh..aiseyh..berhabuknya blog aku nih..uhuk..uhuk..adeh..sampai terbatuk den dibuatnya..itulah engkau ni Fariha, malas sangat nak update tu kenapa? *kelu*

Segala sawang, nenek moyang labah-labah semua ada..nak kene amik batang penyapu nih. B-)

Entah, tidak tahu hendak bermula dimana. Jap-jap, carik feeling "semalam"..huhu

PERHUBUNGAN
Ia, aku harini nak sangat-sangat berbicara tentang perhubungan. Dan dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia yang diciptakan Allah, sunnahtullahnya saling menyayangi antara satu sama lain. Dan ia juga takkan dapat lari dengan perhubungan. Orang yang tidak ada sebarang perhubungan, eloklah duduk dalam hutan. Binatang dalam hutan pon ada hubungan, connection, relation antara satu sama lain. Jadi, orang macam ni kita nak campak kat mana ek? Sesiapa yang ada sebarang cadangan yang bernas, silalah kemukakan kepada saya.

Okey, kembali kepada topik kita, PERHUBUNGAN. Hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak, hubungan antara adik beradik, hubungan antara sahabat-sahabat seperjuangan, antara guru dengan anak murid, hubungan suami istri dan sebagainya.

APAKAH YANG PALING BERNILAI DALAM PERHUBUNGAN
Dalam memeterai sesebuah perhubungan ,perkara yang paling penting sekali, dan paling berharga merupakan KEPERCAYAAN. Dengan kepercayaan, si istri tenang melepaskan suaminya di medan juang, dengan kepercayaan juga merupakan tanda aras wala' sahabat-sahabat kepada Amir mereka.

Sesak nafas ku, memikirkan seandainya kepercayaan ini hilang. Seandainya ia benar-benar hilang, maka tidak ada apa-apa ertilah perhubunagn itu. Akan dipenuhi dengan perasaan curiga dan prasangka yang menyakitkan, maka akan lahirlah cemburu buta, maka hilanglah seri, hilanglah bahagia. Jadinya, perkara yang seharusnya di titik beratkan adalah kepercayaan. Janganlah kita sesekali cuba untuk menguji kepercayaan, merobeknya. kerana pasti, sakit di hujungnya. Aku lebih sanggup mengorbankan 'sayang', jika sudah tidak ada lagi kepercayaan kepada seseorang. Sayang boleh di pupuk, tapi pada aku, kepercayaan itu hanya sekali sahaja.

Perit membayangkan diri di sekutukan, perit memikirkan di tikam belakang oleh kawan sendiri, pedih seandainya ini terjadi. Tapi cantiknya Islam, husnuzon menjadi peneman diri. Dek kelemahan manusia itu sendiri, maka Allah mengsyurkan satu solusi yang memberi keuntungan kepada diri kita sendiri, ubat kepada hati adalah bersangka baik. Nampak mudah, tapi kalau hati yang kotor, amatlah susah walaupon untuk bersangka baik. Lawan kepada husnuzon adalah su'uzon, iaitu bersangka buruk. Astagfirullah al azim. Lailahaillaanta subhanakainnikuntum minazholimin.

TUNJANG
Dan inilah akar tunjang dalam perhubungan. Tidak kiralah apa-apa sekalipon jenis perhubungan. Tapi seandainya akar tunjang ini tercabut dari tanahnya, maka.......lu fikir la sendiri. Ia harus dijaga dan dibaja rapi dengan menjaga hubungan kita dengan yang di atas, ia juga melibatkan iman seorang hamba kepada Tuhannya.

Pada aku, aku akan menjaga diriku, berlaku sesetia yang mungkin, supaya kepercayaan orang kepadaku tidak tergugat, dan semoga Allah mengurniakan aku pasangan yang setianya pada aku tidak perlu dipersoalkan lagi. Kerana itu penghargaan paling berharga buat aku. Kerana, setia itu kunci kepada kepercayaan.

Apa boleh buat, diriku hanya insan biasa, miliki naluri yang sama, tak ingin berpaling, tak ingin berganti, jiwaku sering saja berkata. Andaiku mampu ulang semula, kupasti tiada yang curiga..sobs..

p/s: trime kasih yang bertanyakan tentang sambaungan cerpern satu cerita, tengah kering idea..hihi..tq..ada juga yang membaca rupanya :)

13 September 2009

Suatu Kisah

ANAKKU

Asalamualaikum..bibik.. bibik.. Ketiduran mungkin, aku lihat jam di lengan, sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Sudah lewat. Pasti bibik dan anak-anak sudah tidur. Aku pula lupa untuk membawa kunci rumah. Ku cuba sekali lagi, manalah tahu, kalau-kalau bibik terjaga. Akhirnya pintu terkuak, dengan bibik memisat-misat matanya kelat. Masakan tidak, lewat pagi aku mengejutnya. Mintak maaf ya puan, bibik tidak kedengaran puan neriak-neriak manggilin. Begitulah bibik dengan loghat jawanya. Tak mengapa bik, saya yang patut minta maaf sebab terlupa bawa kunci rumah. Terasa lega tatkala kaki menginjak ke dalam rumah sendiri. Dua hari satu malam berada berjauhan dengan anak-anak kerana tuntutan kerja dan perjuangan sudah cukup membuatkan hatiku merindui mereka. Lantas kaki di hayun menghala ke kamar putera sulungku, Mohammad Irsyad bin Taqiyuddin. Lantas ku kucup dahinya, pipinya tanda rindu yang membuak-buak. Petang tadi aku menelefonnya bertanyakan khabar. Renggek suaranya mahu aku segera pulang. Ummi..ummi..ummi bila nak balik? Along rindu sangat kat ummi..ummi...belikan along atroman ye. Begitulah pintanya. Dua malam aku terlepas untuk membacakan buku cerita kepadanya, sepeti lazim yang selalu aku lakukan.

Usai menjenggah Mohammad Irsyad, aku ke kamar puteri tunggalku, Nur Aisyah Binti Taqiyuddin. Lena ku lihat tidurnya, rambutnya panjang seperti umminya. Kata Aisyah, dia mahu seperti ummi..persis kelihatan seperti ku. Seperti abangnya, ku kucup dahi dan pipinya, moga dia dapat merasa getaran sayangnya ummi padamu sayang. Mohammad Irsyad dan Nur Aisyah, kamu harta paling berharga yang ummi ada. Lantas ku masuk ke kamar ku.

Senyap. Sayu, entah kenapa tiba-tiba rinduku pada seseorang seperti datang tiba-tiba. Terduduk di birai katil, teresak-esak nangis sendirian. Abang....


SUAMIKU

22 Ogos 2006 merupakan tarikh keramat bagiku. Disitulah bermulanya statusku sebagai isteri yang sah kepada Taqiyuddin. Pemuda yang padaku sempurna dari semua sudut, baik agamanya, mahu pun akademiknya. Sungguh, aku berasakan tidak layak sama sekali untuk berdampingan dengannya. Padaku dia pemuda hebat dengan semangat juangnya mahu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini tanpa rasa jemu. Aku kagum dengan semangatnya.

Alhamdulillah, tepat jam 11pg yang mulia itu, dengan sekali lafaz maka sahlah aku disisi agamamu, halal disisimu. Menitis air mata sayu, terharu. Akhirnya aku sudah menjadi milik orang lain. Maka tanggungjawab dan perhatianku berubah kepada suami. Kini dia yang utama bagiku, demi mendapat redha Tuhanku. Majlis pernikahan kami sederhana, dengan hantaran pinta ayah kepadanya hanyalah senaskah Al-Quran. Pesan ayah kepada abang, agar mendidikku dengan acuan Al-Quran, itu sahaja pintanya. Usai nikah kami solat sunnat nikah bersama. Selesai solat maka upacara pembatalan air sembahyang, iaitu dia menyarungkan cincin ke jari manisku. Inilah pertama kalinya aku mengucup tanganya, inilah pertama kalinya dia mengucup dahiku sebagai isterinya. Alhamdulillah, hubungan kami tidak seperti pemuda-pemudi zaman kini yang melewati sunnahtullah sebelum melunaskan tanggungjawab syariatullah.

Selesai manyarungkan cincin, kami bersalam-salaman dengan sanak-saudara dan rakan taulan terdekat. Seperti yang aku kata tadi. Cukup sederhana majlis ini, namun kami merasa cukup bahagia dan penuh barokah. Penat seharian melayan tetamu. Ku lihat wajah suamiku keletihan, namun senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Sejuk hatiku setiap kali memandangnya. Petang itu saudara-mara masing-masing meminta diri diri untuk pulang. Ku ucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis pernikahan kami. Malam itu, mahgrib dan isyak abang pergi ke masjid. Aku dirumah mempersiapkan diri. Malam pertama bagi kami, Tuhan sahajalah yang tahu betapa berdebarnya aku untuk berhadapan dengannya nanti. Tidak ku buka hijap lagi, malu menebal dalam diri, abang kata, haya' adalah perhiasan yang paling berharga untuk kaum wanita=)

Pulangnya abang dia tidak segera masuk ke dalam bilik, seperti memahami keadaan isterinya ini. Setengah jam kemudian pintu di ketuk. Tidak keruan aku dibuatnya, namun aku tenangkan diri. Itu suamiku. Assalamualaikum sayang, gemersik suaranya lembut memangilku dengan gelaran yang tak pernah terjangka yang dia akan memangilku dengan gelaran itu. Tak mampu untuk berkata apa-apa, aku lalu menjawab salamnya. Waalaikumsalam. A..abang baru balik? Maaf ye, sayang sibuk kemas bilik tadi. Subhanallah, gagap rasanya untuk berbicara, namun aku tidak kekok untuk terus membahasakan diri dengan pangilan yang telah di hadiahkan suami untukku. Ya Rabbi, bahagianya hati ini. Aku berdiri aku, lantas dia datang padaku dan mengucup lembut dahiku, lalu menarik tanganku untuk duduk bersamanya di birai katil. Dipandangnya aku tak berkelip. Aduh! Aku cukup tak tahu nak membalas pandangan orang. Merah muka ku. Kemudian terdengar dia mengekek ketawa. Kenapa sayang kaku sangat dengan abang? Aku tertunduk malu, namun senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Lantas aku meminta izin untuk mengambilkannya susu berserta madu untuk di minum sebelum tidur. Sunnah nabi.

Aku membawa dua cawan, satu untuk dirinya, satu lagi untuk aku. Setelah aku minum, dia meminta gelasku lalu bertanya, tadi sayang minum kat mana? Lalu dia pon minum di tempat yang sama di mana aku minum. Terharunya aku rasa. Dihabiskan baki minuman yang tidak terhabis olehku. Kemudian, kami solat sunnat taubat bersama-sama sebelum tidur. Namun, doanya cukup menyentuh hatiku. Aku tidak peduli, ku sembamkan muka ku ke ribanya, nangis teresak-esak, nangis semahunya. Dibelai lembut kepalaku, untuk meredakan tangis yang berselang sedu. Tangis kesyukuran kerana kini aku sudah sah bergelar isterinya, setelah bersabar menanti dirinya. Tidak ku sangka, akhirnya jodoh kami menemukan kami jua.

Pagi itu, abang mengejutkan ku untuk bangun subuh. Terkejut, macam mana aku boleh berada di atas katil. Rupanya semalam aku tertidur di ribanya. Lantaran kepenatan menangis, kemudian dia mengangkat aku untuk tidur di katil. Ya Allah, bahagianya kurasa. Solat pagi itu aku rasakan cukup tenang. Berimamkan suami, kemudian mengaminkan doanya. SubhanAllah, yang memberikan nikmat kebahagian kepada kami.

Aku dambakan bait muslim yang hidup dengan perjuangan. Perjuangan menegakkan kalimah Allah. Aku mahu diriku jadi tunjang kepada semangat suamiku. Kami saling bergantung antara satu sama lain. Alahamdulillah setelah pernikahan ini, lebih memudahkan gerak kerja dakwah kami, tiada lagi masalah ikhtilat yang membatasi. Kami mahu jadikan perkahwinan ini suatu model untuk adik-adik yang lain. Bahawa perkahwinan tidak menghalang seseorang untuk bergiat aktif dengan gerakan.

Abang lelaki paling sabar pernah aku temui. Dia menerima diriku seadanya. Menerima kelemahan diriku dan menghargai kelebihan diriku. Tidak pernah sekali-kali dia mencela diriku. Pernah suatu hari aku bertanya kepada abang. Abang, kalau ayang offer abang kahwin lagi satu, abang nak tak? Dia terdiam. Kenapa ayang nak abang kahwin lagi satu? Sebab ayang rasa abang layak untuk dapat wanita lebih baik dari diri ayang. Dia hanya tersenyum. Katanya, isteri satu sudah terasa ramai.. Mahu bertanya lagi, cepat sahaja jari telunjuknya hinggap di bibirku, tanda tidak mahu ku jangan bertanyakan lagi. Abang seolah boleh membaca isi hatiku. Dia berkata, I choose you not because I like you, but because you are the miracle women Allah choose for me to accompany me Till the end. Terharu sungguh aku dengan kenyataan suamiku. Pandai sungguh dia mengambil hatiku..

Namun...

Bersambung..

p/s:tak de kene mengene dengan yang hidup atau pon yang telah meningal dunia. rekaan semata-mata.

09 September 2009

Bila RAYA,semua bagai nak gila, bila PUASA, buat-buatlah lupa!

BUS!

Bus kat sebelah nilah bus yang selalu aku naik waktu form 4 & form 5 dulu. Sekarang ni, giliran adik pula. Nama sahaja "Cepat Ekspress" tapi bukan main lambat lagi kalau nak sampai, kadang rasa macam nak tanggal kepala lutut tunggu berjam-jam kat platform. Itulah ragam kalau naik pengangkutan awam. Bagi yang manja-manja, agaknya tak boleh nak hidup dengan situasi macam ini.

Cobaan untuk Suamimu

Justify Full
Suamiku,
Di uji pernikahan ini,
Dengan hadiah kifarah dosa dari TuhanMu,
Moga kau tabah dan terimalah diri ini seadanya,
Terima Kasih kerana sudi berlaku setia~


ORANG KAMPUNG

Alhamdulillah, beberapa bulan yang lalu, orang kampungku yang menuntut di Maktab Ilmu Khas telah selamat menjalankan pernikahan dan walimahtul urus mereka. SubhanAllah, pujian bagi Allah Tuhan yang telah menyatukan dua hati untuk saling menyayangi dalam menuju mardhotillah Illahi.

Namun, di dalam suatu kehidupan dan perhubungan pasti ada ujian yang akan datang menguji sejauh mana sayang, sejauh mana sanggup berkorban, sejauh mana keampuhannya dalam setia menerima keadaan si pasangan. Perancangan yang di atas adalah yang terbaik, dan tak mungkin kita manusia biasa dapat meneka, maka redho peneman terbaik diri.

Setelah bahagia dengan pernikahan, si isteri disahkan menghidap penyakit luekimia, suatu penyakit barah darah. Jiran sebelah rumah aku juga menghidapi penyakit luekimia ni, Kurus dan botak jadinya, lesu tubuhnya. Dalam si isteri berperang nyawa di hospital, suami berhempas pulas mencari rezeki untuk menanggung kos rawatan isteri tercinta. SubhanAllah, andai itu aku, sanggupkah suami ku berkorban seperti itu? Cinta bukan sekadar ungkapan indah di bibir, tapi harus di buktikan dengan perbuatanmu.

Dan firman Allah: "Takkan beriman seseorang itu selagi dia tidak di uji". Ini ujianmu sahabatku. Moga kalian suami isteri tabah dalam menempuh dugaan ini.


p/s: ku doakan dari jauh

06 September 2009

kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi

KALAU NAK HEBAT, BERKAWANLAH DENGAN ORANG-ORANG YANG HEBAT

Alhamdulillah, aku diterima masuk ke dalam akademik Sekolah Pemikir Muda. Di akademik ini, kami didedahkan dengan falsafah-falsafah dunia dan pemikiran-pemikiran global. Yang menjadi penuntut di akademik ini bukanlah calang-calang orangnya. Semua hebat-hebat belaka. "Gerun" melihat ilmu pengetahuan mereka. Tapi aku garapkan dalam diri, berkawan dengan orang yang hebat-hebat ini akan membantu aku mempunyai pemikiran yang hebat juga. Normal person will talk about common thing, medium person will talk about event, big person will talk about ideas. Panel-panel jemputan untuk berdiskusi dengan kami juga tak kurang hebatnya. Professor serta doktor doktor yang luas ilmu pengetahuannya yang takkan dapat kat perpustakaan.

Dari sini aku mula berjinak-jinak untuk membaca buku-buku yang lebih "berat" pembawaannya dan membantu aku untuk mempunyai kematangan pemikiran pada level 10 tahun kehadapan, mungkin juga lebih. Walaupon aku merupakan ahli termuda di akademik itu, tapi aku tidak mahu ia dijadikan alasan "tidak tahu". Disinilah melatih aku untuk mengasah diri mengkaji perkara-perkara penting yang dulu aku anggap remeh.


TUGASAN

Untuk kelas akan datang kami diberi tugasan untuk mencari buku mengenai perlembagaan. Dan aku di tugaskan untuk mencari buku "Politik Perlembagaan: Suatu Perbincangan Tentang Isu-Isu Semasa dari Sudut Perlembagaan dan Undang-Undang" Karangan Aziz Bahri.

Tugasan kali ini memerlukan dua orang peserta dalam setiap kumpulan dan aku ditugaskan untuk bekerjasama dengan Kak Nurul Syuhada penuntut UIAM, atau kalau orang kenal sekarang, zaujah Ustaz Syaari. Tak sangka yang aku akan digandingkan dengan beliau. Cuak sebenarnya, takot-takot kalau aku tenggelam dengan kehebatannya. Maksud tenggelam ini aku tak dapat nak produce idea sebaik dia, takot jadi parasit yang menumpang pada pokok pula:) Orang yang mengarang buku ini merupakan pensyarah dia rupanya. Jadi, aku akan datang ke UIAM insyaAllah untuk interview penulis buku tersebut.

Sangat teruja sebenarnya kerana berpeluang bekerjasama dengan orang-orang yang hebat macam Kak Nurul ni dan beliau antara orang yang aku admire jugak la sebenarnya.


SEMAKIN JELAS

Jadi, sekarang ini matlamat ku rasakan makin lama makin jelas dan makin menakutkan. Sungguh, realiti dunia amat kejam. Jadi, kepada mahasiswa-mahasiawa, janganlah berada di zone selesa, keluarlah mengenal dunia!

p/s:akhirnya aku dah tawu macam mana nak mengadakan balik bende ni.he.

Aku tertipu+ditipu

SEJARAH
Justify Full
Sejarah merupakan penceritaan terpenting dalam sesuatu tamadun, atau masyarakat. "Those who don't know about history, will repeat it again". Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Nak tahu tak macam mana mereka pilih tarikh ni? Bila Tengku bermesyuarat dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan. British tanya, "You nak merdeka bila ni?" Si Tengku ni pon jawab "nanti dulu I balik Malaysia fikir dulu." Bila Tengku Balik Malaysia, dia jumpa dengan seorang hamba Allah ni dia tanya, agak-agak tarikh bila yang sesuai untuk kita nak merdeka ni? Orang tu pon bukak kitab falak, kalau ikut kitab falak, da lepas tarikh keramat ni. Dia pon buka kitab zodiak pulak, ha..Tahun depan pada 31 Ogos 1957 sesuai untuk sambut merdeka. Tarikh merdeka pon dah ada unsur khurafat. Macam mana nak berkat?


ANALOGI

Nak kasi mudah faham beginilah. Macam warden penjara tanya dekat seorang tahanan ni, "awak nak saya bebaskan awak bila?" Dia pon jawab, "tahun depan." Tak ke "bijaksana" tu namanya? Bijak-bijak, sangat bijak!

Sesunguhnya sejerah negara kita ditulis oleh tangan barat yang keparat. Sebenarnya, kita sudah tidak ada sejarah, kerana sejarah yang sebenarnya sudah dipadam oleh mereka. Pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenarnya dipadamkan nama mereka dari tulisan sejarah dan kita ummat Melayu di tipu hidup-hidup. Kata seorang pejuang Indonesia. "Kami orang Indonesia merdeka tangannya digenggam, tapi orang Malaysia kok tanganyan dilepaskan." (cuba perhati cara merdeka dilaungkan dengan tangan diangkat tidak bergenggam).

Kalau kita perhati, Indonesia menapat kemerdekaan secara mutlak. Belanda tingalkan Indonesia sehelai sepinggang dengan tidak membawa pulang apa-apa pon aset mereka. Itulah merdeka yang sebenarnya. Hakikat ini disedari oleh British lalu British meletakkan syarat kepada orang Melayu kalau nak merdeka. Merdeka apa tu kalau bersyarat? Hakikatnya, kita masih belom merdeka.


SYARAT-SYARAT KEMERDEKAAN
Ada beberapa syarat yang dikenakan ketasa Tanah Melayu pada ketika itu untuk mencapai kemerdekaan. Antaranya:

1)Malaysia mestilah mengamalkan dasar undamg-undang
"common law". Common Law ini merupakan undang-undang kristian yang kita amalkan sekarang.

2)Dalam tempoh seratus tahun jika berlaku huru-hara di Malaysia, maka kemerdekaan akan di tarik balik.


3)Sekolah lain boleh dibuka di Malaysia. Kalau lihat Indonesia, ada sekolah Cina? Ada sekolah India? Kat British, kita boleh buka sekolah Melayu?


Satu persoalan, adakah orang Cina dan India berjuang menentang British? Jawab la dengan jujur pada diri sendiri.


PEJUANG KEMERDEKAAN

Pejuang kemerdekaan ini merupakan orang yang menentang penjajah, bukannya bekerja dengan penjajah dan menjadi anak kesayangan penjajah. Malangnya, orang yang di angkat sebagai hero iaitu Tengku sendiri adalah orang yang bekerja dengan penjajah! Pejuang kemerdekaan ke tu? Jangan terkejut kalau Malayan Union itu sendiri dalangnya adalah orang Melayu sendiri. Dato' Onn adalah antara yang mengasaskan Malayan Union. Ini ke pejuang kemerdekaan? Hendak menaikkan seseorang itu agar dilihat sebagai hero maka kononnya British menyuruh orang itu untuk "menangkap" mereka. semuanya tipu helah belaka.

Pada 15 Ogos 1547 Dr Burhanuddin Al-Helmy telah membawa agenda kemerdekaan Tanah Melayu ke PBB namun perkara ini langsung tidak disebut dalam sejarah.


DOUBLE STANDARD

Dalam melihat musuh, kita berat sebelah. Sebenarnya, kedatangan Jepun ke Tanah Melayu adalah untuk membantu orang Melayu menghalau British dari Tanah Melayu. Ulama' kita yang memanggil Jepun untuk membantu menghalau orang British. Tambahan, Khilafah Othmaniah pada ketika itu mengeluarkan fatwa bahawa wajib untuk orang Melayu membantu orang Jepun. Malangnya Jepun tidak menulis, tapi di tulis oleh British semata-mata dan di tipu kita oleh mereka.


MERDEKAKAH KITA?

Bila dapat tahu tentang perkara begini, rasa marah dan ditupu oleh "mereka". Rasa geram dan menyampah lagi meluat. Semangat untuk menegakkan Islam dan menghapuskan da'yah barat semakin meluap-luap. "Tenang"nya menjadi golongan intelektual yang tahu perkara sebenar tanpa goyah pendirian.

Sekarang manusia melihat yang palsu itu benar, yang benar itu palsu. Fikir-fikirkanlah bersama.

05 September 2009

Berakar Tunjang!

IDEOLOGI-IDEOLOGI BARAT

Alhamdulillah, dibukakan hati untuk membaca buku-buku yang "berat" yang sarat dengan ideologi dunia. Berbanding sebelumnya hanya bergelumang dengan novel-novel yang melayan perasaan yang tak bawa kemana. Terbaru, dengan "mujahadah" yang tak seberapa tinggi, baru separuh dari buku "Risalah Untuk Kaum Muslimin" tulisan Syed Muhammad Naquib Al-Attas dibaca tapi belum hadam sepenuhnya. Disebabkan bahasa yang sastera membuatkan mata kuyu, otak lesu. Sebab? Otak ini yang perlu "diperbetulkan" sedangkan bahasa yang digunakan adalah bahasa asli Melayu yang diperjuangkan.


Kembali kepada ideologi dunia yang di implimentasi oleh dunia sekarang ni. Antara idealisme-idealisme ialah capitalisme, sosialisme, komunisme dan kolonisme. Bila ada perkataan "isme" je kat belakang perkataan tuh, bermakna itu ideologi yang manusia fikir, dan ini bukan ideologi Islam. Islam adalah Islam.


Tak semua orang boleh berdiskusi dan boleh mamahami ideologi-ideologi dunia ni. Aku pon, masih lagi dalam process penghadaman ke tahap optimum. Shift my paradigm towards gobal thinking and world view, specifically, Islamic world view. Aku nak punya pemikiran dan perwatakan yang matang dan mampu mempositifkan keadaan. Berfikir perkara yang besar-besar melatih diri untuk berfikiran 10 tahun keterhadapan dari mahasiswa lain yang hanya ruang lingkung pemikirannya pada kuliyah dan mengejar 4.0 flat semata-mata. Kembali kepada ideologi dunia. Malaysia mengamalkan idelisme Capitalis. Kalau korung semua tahu bapak capitalis tu hah, Mahathir Mohammad.



CAPITALISME

Ape binatang "capitalisme" ni? Fundamentalnya, orang faham capitalisme ini apabila memperlihatkan orang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Kerana sesiapa pun boleh jadi kaya. Islam? Ye, dalam Islam, sesiapa pun boleh jadi kaya, tapi terdapat nilai akhlaq dan etika dalam islam. Ada perkara yang legal tapi tak ethic, ada perkara yang ethic tapi tak legal. Contohnya Thailand, seluruh dunia tahu yang sumber utama ekonomi thailand adalah pelacuran. Perkara tak ethic, tapi legal disisi undang-uundang mereka.



Dalam Islam, sesiapapun boleh menjadi kaya, tetapi didalam harta kekayaan itu terdapat haq orang miskin. Ini yang dinamakan menTAUHIDKANkan harta. Ada duit banyak, kena bayar zakat. Dan harta dalam Islam bukan haq mutlaq manusia, tapi Allah. Silapnya capitalisme memandang apa yang manusia ada, merupakan haq mutlaq milik manusia sepenuhnya dan disinilah berlaku malapetaka yang maha dasyat. Seperti yang berlaku pada Si Qarun. Nak dipendekkan cerita, Qarun ni mempunyai harta yang sangat banyak sehinggakan kunci gedung-gedung harta dia ni nak kena beberapa orang lelaki gagah yang angkat bawa boleh bawa. Dasyat tak dasyatnya. Tapi malangnya, dia ni tamakla pula, maka Allah murka dan meneggelamkan seluruh harta kekayaanya.

CAPITALISM+ COLONIALISM

Basicnya, capitalisme memerlukan "modal". Tapi jangan keliru, sebenarnya capitalisme, sosiolisme dan Islam sendiri memerlukan modal. Tetapi prinsip yang berbeza. Capitalisme memerlukan modal yang besar, dan apabila mendapatkan keuntungan yang besar maka mereka boleh menakluki "dunia". Itulah hubung kait antara capitalisme dan kolonilisme. Faham ke? Ke rasa macam belit-belit? Maafla kalau tak berapa "clear", ni coretan ikut kefahaman sendiri.

Contohnya, dalam sejarah kita (kononnya, sejarah sebenarnya telah dipalsukan, tak semua orang tahu akan perkara ini) ingat lagi tentang Syarikat Hindia Timur? Mereka ada modal yang besar, ada duit. Tu yang boleh jajah kita. Buruknya capitalisme ni adalah kerana tiada nilai akhlaq didalamnya, jauh berbeza dengan Islam. Cantiknya Islam.



ISLAMIC WORLD VIEW

Dalam Islam, perniagaan merupakan amal ibadah iaitu menjadi saudagar yang amanah. Dulu, ketika Islam mula-mula datang ke Melaka adalah melalui seorang saudagar yang datang dari tanah arab yang memperlihatkan keindahan Islam melalui budi pekertinya dan amanahnya dia dalam berniaga. Bayangkan, pada tahun ini dia berjanji nak bawakan barangan dari arab pada tahun hadapan dengan kuantiti yang ditetapkan dengan harga yang sama. Tahun depannya, saudagar sampai ke Melaka seperti yang dijanjikan tanpa barang berkurang walau sedikitpun dan harga yang sama. Lembutnya hati orang melayu terpikat dengan akhlaq dan etika serta keindahan Islam SEBENAR yang dipamerkan oleh saudagar tersebut.


Apabila perniagaan dikaitkan dengan ibadah, maka akan memperlihatkan bukan sahaja untung semata-mata, tetapi khidmat kepada masyarakat. Sesungguhnya, Tuhan punya dunia yang menciptakan manusia, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanNYA. Manusia takkan tahu menguruskan diri mereka sendiri apatah lagi ideologi-ideologi aqal yang amat terbatas. Sebab itu, untuk mencapai kebahagian mestilah dengan tertegaknya SYARIAT ISLAM. Hukum Tuhan.


ISLAMIC BANKING

Terus terang katakan yang Bank Islam yang ada kat Malaysia ini hanya "celupan" capitalisme saduran Islam di luarnya. Hakikatnya, Bank Islam masih berakar tunjangkan "conventional". Tidak ada pun walau satu model bank Islam di dunia yang sepenuhnya menjalankan sistem muamalat Islam. Tidak ada. Jadi, tak perlulah kita nak berbangga dengan kad Bank Islam tuh. Cumanya, sekarang ini kita tidak ada pilihan. Tapi, ada rumors yang mengatakan, Bank Islam lagi "kejam" dari Bank Conventional?? Kita kaji bersama.

Orang Yahudi tahu, jika kita mengamalkan da'yah kristian, maka kita akan mundur. Sesiapa yang mengamalkan Islam, dia akan maju. Dengan hakikat ini, Yahudi laknatullah "menghalalkan" interest kepada penduduk dunia tapi mengharamkan interest sesama mereka. Nampak tak? Lagi satu issue ialah issue kredit kad. Sistem kredit kad sama sekali boleh melumpuhkan sistem ekonomi negara, dengan kadar interest yang sangat tinggi. Umpama perkiraan siri geometri.

Macam mana siri perkiraan geometri? 2(n-1)= answer. Nak dijadikan cerita begini. Di suatu tempat ada seorang raja yang handal bermain catur, sepanjang bermain catur, beliau tidak pernah kalah (sebenarnya lawannya yang "mengalahkan" diri sebab nak jaga hati raja). Tapi, suatu hari ni ada seorang pemuda yang mencabar raja untuk bermain catur. Raja ni confident yang dia akan menang lalu dia menawarkan kalau kamu menang beta akan bagi apa sahaja apa yang kamu mahu. Nak dipendekkan cerita, raja ni kalah. Jadi dia kata, permintaan hamba senang sahaja. Isikan setiap petak catur ini dengan biji gandum (mengunakan formula geometri tadi. Petak paling akhir akan menghasilkan suatu angka yang kalau dikumpul seluruh biji gandum di negara itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi angka tersebut. Dan itulah yang ada dalam sistem kredit kad. Sangat-sangat menakutkan.

Jadi, "saya" tingalkan satu persoalan, sejauh manakah kita peka mengenai perkara-perkara yang melibatkan dunia yang kita sendiri merupakan pelakon layar yang dipermainkan oleh dunia barat dan Yahudi laknatullah?


p/s: kalau ada statement yang salah-salah ke.minta di tegurkan :D


21 August 2009

Marhaban ya Ramadhan

KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA

Alhamdulillah..umurku dipanjangkan Allah.. tiba kini di bulan ramadhan yang penuh barakah.
Bulan penuh rahmat, bagiku bulan perjuangan. Perjuangan untuk memproduktifkan diri, perjuangan menegakkan kalimah Allah itu pasti. Namun, persiapan diri adalah uutama. Macam mana nak bawa Islam, tapi Islam pada diri maasih belum tertegak sepenuhnya.

Harapanku pada ramadhan kali ini, dapat mengislahkan diri, menjadi da'ie yang lebih berkualiti. Tak terganggung rasa, memikul dosa diri. Moga ramadhan ini, ramadhan terbaikku, andai ia yang terakhir buatku. Kepada muslimin muslimat sekalian Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.. bersama kita ber"pesta" ibadah. Mungkin ini ramadhan yang terakhir kali?

23 July 2009

Penenang Jiwa


Mukmin itu jiwanya KUAT!
Tidak mudah tergoncang oleh ujian,

Baginya ujian adalah tarbiyah dari Allah,
Tanda kasih sayangNYA,
Jua penghapus dosa,
dan kata seorang saudaraku:
bersabarlah,bukan usahamu sia-sia,
cuma kemenangan yang lewat tiba,
Ku doa semoga Allah sudi kekalkan kita
di atas jalan ini untuk selamanya
dan
mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat, satu sahaja pintaku,
ingin ke syurga bersama
saudara-saudaraku! ameen~


Wahai hati~
Bila engkau memandang segalanya dari Allah,

Yang mempercepatkan segalanya,

Yang menyebabkan sakitnya hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,

Pastinya damailah hatimu..

Kerana, masakan Allah sengaja mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia,
Bukan kerana Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
Pecah dan remuknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu,

Kerna Dia tahu, hati yang sebegini,

Lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNYA..


Sahabatku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
Daripada melihatmu gembira dalam kelalaian,

Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan,
Daripada melihat tawamudalam pengkhianatan,
Aku bangga andai dikau syahid,
Daripada hidup tanpa Islam,
Bukalah hatimu untukditarbiyah dan mentarbiyah,
Bersama ajaran Islam!

p/s: renungkan bersama

17 July 2009

aduhai anak!

IBU

Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang ibu yang penyayang, yang membesarkan aku sehingga ku dewasa dini hari. Apa yang ada sekarang, hasil didikan ibu tapi yang tak baik tu, disebabkan kelemahan diri kau sendiri. Because, nobody perfect! Bila masuk kedalam bilik ibu, inilah rutin kami anak beranak akan bercerita. Tak kesahlah tentang apa pun. Itulah antara sebab kenapa kalau aku balik rumah memang takkan keluar rumah jumpa kengkawan ke. Sebab aku sudah ada ibu sebagai teman untuk berbicara. Dikesempatan itu, aku bertanyakan soalan cepukmas, kalau tak cepukmas, cepuktangan! haha. Saja-saja bertanyakan pada ibu, bu..dulu masa lahirkan akak macam mana ek? Tanya si anak inginkan ceritera akan dirinya dilahirkan bagaimana.

Alhamdulillah, aku dilahirkan normal, dengan berat hanya 2.7kg sahaja. Sekecil tapak tangan! Sekarang?he. Sepanjang mengandungkan aku, alhamdulillah ibu tidak mengalami apa-apa komplikasi. Tepat jam 5.05 petang maka aku lahir la ke alam ketiga iaitu alam duniawi yang fana ini.


CABARAN!

Semasa kecil-kecil lagi aku sudah menghadapi cabaran untuk terus hidup. Waktu ibu sedang menyusukan aku, nurse yang datang untuk check keadaan ibu terperanjat dengan kondisi aku! "Eeh, baby ni biru la". Maksudnya aku berada dalam keadaan yang kritikal. Terus di bawa ke wad kecemasan dan dilakukan pemeriksaan lanjut.

Doktor amik darah untuk membuat uji kaji. Tawu dia amik darah kat mana? Kat tapak kaki, dihiris sedikit tapak kaki untuk mengeluarkan draah sebab masih baby lagi, tak boleh nak amik drarah macam prang dewasa ni. Tapi kat tangan doktor cucuk untuk masukkan antibiotik. Nurse bagi tahu ibu, "kesian baby tu, satu malam dia nangis je". Aku yang mendengar kisah diri sendiri rasa kesian dengar cerita pasal "baby" tu. Itulah kau fariha. 5 malam aku di tahan di wad, 2 malam di kawal rapi oleh doktor, 1 malam ibu jaga sampai nak pitam, 2 malam lagi atok(popuan) aku pula yang jaga. Besarnya pengorbanan ibu!


DETIK-DETIK KELAHIRAN

Sementelah aku ni bayi perempuan, maka sakitnya agak lama nak compare dengan bayi lelaki. 5 jam ibu menangung kesakitan yang dipanggil contraction, ni selalu perempuan alami sewaktu kedatangan haid. Macam tulah, tapi yang ni ibu kata lagi sakit! aduh~~ Tiba-tiba mengurut perut..grr...

Ibu bersalin normal, kesemua anak ibu keluar secara normal. Ibu kata, kalau orang bersalin normal ni, akan ada satu horman yang mnegalir yang akan membuatkan anda berasa sangat bahagia! O h ya? uhuk3..



BERSEDIAKAH AKU?

Besarnya pengorbanan seorang ibu.. Aku? dah bersediakah aku untuk menjadi seorang wanita setabah ibu?sehebat ibu dalam menemani liku payah kehidupan, peneman setia kepada ayah.. Memanglah nak untuk jadi seorang Ummi.. Perasaan bercampur bair, teruja, takut, resah. "Untuk melahirkan anak adalah lebih mudah untuk mendidik anak, kata ibu"..

Terima kasih ibu kerana sudi membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.. I Love You So Much!

p/s:Lafaz Yang Tersimpan..sobs

LEMBU vs GAJAH





VS



KISAH BENAR


Ini merupakan kisah benar yang hendaklah setiap dari kita mengambil ibrah darinya.

"Pada suatu hari , di satu surau di sebuah kampung diadakan solat jemaah mahgrib seperti biasa. Imam pon imam muda, jadi semangatnya pon lain macam la. Jadi, semasa solat, selepas bacaan al-fatihah brother imam ni baca surah yang memang panjang semacam. Naik goyang kepala lutut ni. Kalau yang muda pon terasa, apatah lagi yang tua. Yakan?

Selepas usai solat, makanya para brother-brother muda ni bertanyakan kepada brother imam ni tadi.

"Bro imam, tadi tu baca surah apa?" tanya para makmum.
"owh~ tadi tu baca surah lembu (al-baqarah)"
"lepas ni bro imam nak baca surah ape?"
"lepas ni nak baca sural gajah."
"para makmum terkejut."
"dalam hati, kalaulah surah lembu dah panjang berjela, lembu lebih kecik dari gajah. makanya,
gajah apatah lagi!"

Di sebabkan oleh itu, maka untuk solat jemaah seterusnya, semua makmum "blah" tak nak solat jemaah.

Rasionalnya kat sini, sebagai imam, nak buat apa-apa lihatlah kepada kemampuan makmum. Imam merupakan simbol kepada pimpinan, maka para pimpinan janganlah menakut-nakutkan anak buah dengan bebanan kerja yang t idak smaa level dengan kefahaman mereka. Jika tidak, makanya para pengikut akan lari. Tinggallah kamu sorang-sorang!

p/s: ade sedikit pengubahsuaian pada cerita :)

29 June 2009

ramai kulihat kini..MUSLIM tanpa ISLAM

HANYA PADA NAMA

Nama anak-anak zaman sekarang ni hebat-hebat belaka.. Islamic semacam pon ada.. Hidayatullah, Firdaus, Hamka, Hidayah, Maisarah, Kamilah..macam-macam lagi. Hebat. Maksudnya juga hebat. Tapi sayang seribu kali sayang.. Keindahan nama tidak seiring dengan keindahan tuan punya nama. Segalanya kulihat ketandusan ilmu, tapi mungkin juga ketandusan "guiden". Ketiadaan orang yang membimbing. Kasihan.. Kasihan pada diriku juga.

Ada yang aku lihat, mereka punya fitrah, cuma tidak ada "biah" yang mendorong. Tiada siapa yang mahu menyokong mereka. Lantas, kemahuan untuk memahami Islam itu kian surut, tambahan dengan keadaan sekeliling yang kian menggaburkan pandangan hati.


APA AKU BOLEH BANTU?

Melihatkan anak-anak muda, yang sebaya denganku, aku berasa sayu dan pilu. Aku berasa kasihan, dan Iman menegur.."adakah kau mahu membiarkan orang seagama denganmu begitu saja?". Pasti tidak. Namun apakan daya, dengan ilmu yang tidak seberapa, apalah sangat sumbangan yang aku boleh bagi. Tapi...tak mengapa, biar sedikit, tapi ikhlas dan membawa erti yang "hati-hati" lain mampu merasai.

Setiap saat, setiap detik, berfikir tiada henti. Bagaimana untuk menegakkan kalimah syahadah di Tanah Melayu ini.. Tapi yang paling penting, untuk menegakkan kalimah syahadah di dalam diriku sendiri! Bangkit, jangan pernah merasa lemah dan kalah. Moga Allah, memberkati dan menuntun diri ini. Moga iman ku thabat di jalanMU Y a Allah. ameen.

p/s: ke"blur"ran yang melampau!

07 June 2009

kasih ayah sepanjang zaman

AYAH.......~

Lebat jam 12am melemahkan semangat aku untuk pulang ke kolej. Hampir sahaja rasa putus asa, malas menguasai diri. Tapi aku gagahkan juga hati, aku lawan bisikan kemalasan yang rajin sangat buat rombongan ziarah kat aku. Meh sini, aku bantai+ blasah kau cukup-cukup wahai malas! Haa..masuk ICU pon, padan muka, siapa suruh kacau aku, amik ko!

Aku pon ambil keputusan untuk pulang juga pukul 1.30 petang tuh, lagi pon tiket bus sebenarnya sudah pon di beli. Tapi.................Ya Rabbi, semua duit, ticket, IC, lisence ada dalam kereta ayah dan ayah masih lagi berniaga. Jualan ayah kata masih banyak, mulanya ayah kata akan pulang sebelum pukul 1.30..akan tetapi ayah pulang lewat. Ayah kata nak habiskan jualan dulu. Tak pelah, aku sabar menanti di rumah menunggu kepulangan ayah. Alamatnya aku terlepas bas pukul 1.30. Dalam hati aku nekad, naik bas lompat-lompat ke, atau apa cara sekalipon, aku nak jugak balik kolej hari ni. Sebab aku nak sangat pergi ke muktamar Pas di stadium Malawati Syah Alam, aku tidak mahu ketinggalan mendengar ceramah perdana malam itu. Auranya begitu kuat mempegaruhi diri.

Hampir setiap setengah jam aku menelefon ayah untuk mengetahui ayah dimana dan buat apa. Kesian ayah... Demi anaknya ni, ayah akhirnya pulang dan sampai rumah pada pukul 3.15ptg. Untuk ke Seremban ada dua waktu sahaja, pukul 1.30 dan 3.30 ptg. Ayah balik, masuk rumah cuci muka kemudian menghantar aku ke station bas.

Tercunggap-cunggap juga ayah. Wajah ayah aku lihat keletihan. Ayah kata perut senak sebab baru lepas makan lepas itu tergesa-gesa. Ayah kata, nak naikkan aku bas tumpang. Bila pergi ke kaunter ticket tuh, ayah explain kat akak yang jaga kaunter tu. Nasib baik akak tuh bagi, sebab hari sabtu pon orang tak ramai, dan aku tak payah bayar. Bila lihat ayah. Aku dah sebak, tapi cuma aku tahan tak nak nangis depan ayah. Kesian kat ayah, susah payah carik nafkah untuk keluarga, tapi kadang aku lihat diri kau nih macam main-main je belajar.Ye ke? Tak delah main-main tu maksud aku tak pedulik kat pelajaran. Cumanya, aku rasakan macam aku ni tak fokus. Bukan aku tak nak tapi sesuatu menghalang aku untuk fokus, aku susah nak fokus, kadang aku naik geram dengan diri aku sendiri. Ah..kamu semua mungkin tidak mengerti masalah sebenar yang melanda diri.. Tak apa.

Ayah teman aku hingga bas sampai sebab nak cakap pulak dengan driver bas tu. Alhamdulillah aku dapat jugak naik bas tuh, sebelum naik aku salam tangan ayah, cium pipi ayah dulu aru aku naik. Bila dah kat atas bas..dah tak mampu lagi nak tahan sebak nih. Biar...biar orang pelik nengok aku nangis..mungkin orang fikir aku frust kot. Tapi asal korung tahu...aku nangis sebab aku SAYANG ayahhhh. sob3..ayah.. Dah kat atas bas aku telepon ayah..cakap.."ayah, terima kasih ea yah".. Suara ayah..tingkah laku ayah..tak penah nak menunjukkan yang dia penat. Tetap juga gagah menemani anaknya. Ye. Aku memang manja dengan ayah. So?


JANJIKU

Janjiku pada ayah, aku tak nak menghampakan ayah. Tidak. Akan ku hayun langkah kaki deras, tak kan ku toleh kebelakang. Ketepikan soal lain, aku dah malas nak fikir. Biarkan..biar waktu menentukan.. Aku nak tolong ibu dan ayah..adik-adik... Bukan saja kehidupan..tapi agama tunjang utama. Akan ku cuba yang terbaik untuk mereka. Hidayah yang Allah s.w.t beri kepadaku. ku anggap rahmat dari Allah untuk mereka.

Harapan ayah padaku tinggi. Ayah sangat memahami dan tidak pernah sesekali memaksa akan pilihanku tentang masa depan. Alhamdulillah..ayah tak pernah pon menengking andai aku gagal dalam pelajaran, tapi ayah tak jemu menasihati dan nasihat yang tidak sakit hati seperti orang lain rasakan. Ayahlah orang pertama menangis waktu aku berjaya dalam PMR dulu.. Tapi SPM aku hancuss...grr... Tapi ayah tak penah tunjuk pon dia kecewa dengan aku. Tak. Tak pernah nak kondem aku. Tak. Ayah tak jemu support aku. Tak jemu. Tak.


TENTANG AYAH

Setakat ni, aku belum pernah lagi jumpa orang sesabar ayah. Selama ibu ayah kawin, tak pernah walau sekalipon ayah tengking ibu. TAK PERNAH. Ibu bebel macam mana pun, ayah relex je, cool je. Aku nak carik suami macam ayah, kalau tak exactly, sipi-sipi pon jadilah..hee

Kalau waktu susah-susah tak da duit, ayah mesti cakap "tak pelah, duit tuh pandai-pandailah ayah carik". Fuhh..ayah...tak pernah nak tunjukkan kesusahan dia kat anak-anak. Wahai diri, bersyukur nikmat punya ayah yang masih Allah pinjam. Hargailah dia tika dia masih lagi bernyawa di bumi ini.

Kasih ayah sepanjang zaman.....

02 June 2009

K E L E M A S A N - D I - D A T A R A N

FIKIR

Terduduk aku di jendela, memandang gelap pekat kelam malam. Kosong, sepi, sunyi. Menggamit bermacam-macam kenangan di benak hati. Yang pahit, yang manis, sedih, gembira, sasau, angau. Eh, yeke ke? Yang sasau dan angau tu tak bape nak betol. So, abaikan..abaikan..

Fuhh..hati ni..sungguh-sungguh rasa macam nak meletup. Rasa macam nak buat keje gila. Tengking orang tiba-tiba, pastuh blah dengan muka tak bersalah. Amacam? Fuhh..memag psiko. Dan aku memang mengalami masalah psikologi sekarang ni. Kalau kaya, boleh la jumpa pakar psikiatrik kot? Ni duit seposen je dalam poket. Lantaklah apa orang nak kata aku. Aku ni gila ker.. Ye, aku memang rasa macam hampir-hampir nak macam gila sekarang nih. Jiwa aku agak tidak terurus. Alhamdulillah sedikit kekuatan qiam membekas di hati.


MASALAH

Ia, tak yah cakap. Aku tahu korung nak cakap, masalah takkan jemu untuk kunjung tiba. Regulary customer, pakai istilah business sikit. Argh..serabot sungguh. Orang nampak aku senyum-senyum..gelak-gelak..macam tak da masalah, tapi senyum tu aku terasa kelat sangat. Ketawa tu aku rasa macam hipokrit sangat. Sebab aku tak tahu nak menghampakan orang, automatik, tapi kemanisannya aku tak dapat rasa.

Dengan assignment yang bertimpa-timpa, disebabkan management kolej yang memang serabai semester ni. Semua assignment aku hanya dapat selepas mid term, bayangkan. Due date dahlah dekat-dekat. Tapi, yang kira aku boleh tahan lagi, more to technical technic yang aku kena rearrange. Nak pecah kepala jugak.


HMMMM

Tapi yang aku tak tahan, gangguan yang tak nampak dek mata, tapi terpamer jelas pada tingkah laku adik. Bende tu..bende tu..fuhh. Dia ganggu adik aku! Aku layankan adik untuk sebulan pertama ni. Cita-cita adik tinggi menggunung. Nak jadi doktor. Doktor Hany Naziha Bt Mohd Saibani, aku tumpang bangga. Keputusan SPM adik alhamdulillah cemerlang, tapi masih belum melayakkan dia untuk mendapatkan course kedoktoran. Ni cita-cita constant dia dari kecik lagi, selalu dia sebut-sebut. Tapi, bila mula melangkah ke Universiti ni. Langkah pertamanya lagi Allah s.w.t dah menguji. Adik..akak sentiasa disisi..

Mulanya aku dan keluarga ingat sekadar homesick semata, tapi keadaannya..pelik.. Adik langsung tak boleh nak pergi kat orang ramai, dia akan terus berdebar-debar tak keruan. Bila check kadar denyutan nadinya, tak sekata, tak normal. Sebab tulah dia tak dapat nak joint orientasi. Dari malam pertama dia tidur kat Universiti sampai sekarang ni, dia asek mimpi buruk je, mmimpi kena kejar katak la, mimpi kena marah-marah, ni antara tanda-tanda dia datang melalui mimpi. Ye, bende tu marah sebab adik nak buang dia. Dia pulak sibuk nak menumpang! Aku rasa macam nak menyumpah-nyumpah aje. Tapi tidak, kalau aku buat begitu, maksudnya aku dengan benda tuh takda beza. Pergi kau! Jangan ganggu adik aku, dia nak belajar! Pengalaman warden, Ustaz Aminuddin cakap, benda ni suka ganggu budak yang pandai-pandai, sampai pernah ada sekali tuh ada sorung budak nih sampai dah tak tahan, hinggakan dia quick dari universiti. But I won't let that thing to happen to my sister. I won't! This I promise you dik..

Tiap masa sms aku. "Kak, bila ko nak datang sini, aku takut ni kak, bukan aku tak cuba lawan, aku cuba." hmm.. Tapi kadang, memang menguji kesabaran aku, kesabaran ibu juga melayan kerenah adik. Benda tuh buat dia rasa binggung. Sikap adik berubah...berubah dalam beberapa hari saje. Tenungan mata dia semacam, gelap je nengok muka dia. Kalau termenung mata tuh tak berkelip. Selalu kalau lepas mahgrib, dia pasti akan baca quran. Sebab dia cakap kat aku, "adik ingat pesan ustaz Nazmi, kalau 1 hari tak baca sekurang-kurangnya sepuluh ayat, hati akan jadi gelap." Tapi sekarang kalau di suruh baca quran dia tak nak.

Solat pon jadi tunggang langgang. 4 rakaat jadi 5 rakaat. Rukuk baca al fatihah. Tahiyat awal sampai buat 2 kali. Tak gila tuh?! Tak cukup ganggu emosi dia ganggu solat sekali. Ni yang buat aku jadi geram tahap gaban. Ya Allah, sungguh kami memohon dariMU dari syaitan yang di rejam Ya Allah. Tempat ni memang keras, tambah-tambah keluarga kami memang de masalah saka nih. Bukanlah hendak membuka aib, tapi berkongsi pengalaman pengakaran bersama. Selepas tuh, yang lagi pelik, selalaunya kat rumah kalau nak pergi toilet kat dapur tu je dah mintak aku temankan. Tapi kat hostel dia, seluruh bangunan tak da orang, dia berani duduk sorang-sorang pastuh siap basuh baju n mandi sorang-sorang. Ya Rabbi. Dia tak suka ada orang teman. Memang misi bende tuh agaknya nak adik aku jadi macam kera agaknya! Sabar... Ye, memang aku sabar.

Setiap masa dia akan mesej aku, handphone memang tak lepas, agaknya orang ingat aku mesej-mesej ngan boy friend agaknya..eh..salah-salah..ngan suami agaknya..eh.tak jugak..ah..sape-sapelah..asalkan korung tahu ya..aku mesej dengan adik aku. Tak kuasa nak layan mesej orang yang remeh-temeh ni. Bukan sekarang. Bila tiba time mahgrib.....ketakutan memuncak..tak boleh nak control. Adik letih, aku pon letih, ibu lagi letih, ayah lagi keletihan. Semua merasa kesannya. Ayah teman adik duduk kat UiTM. Tumpang tidur rumah kawan, nasib baik membe kampung kamcing katanya. Tapi, aku kesian sangat kat ayah. Ayah.......ayah....sob3..fuh, tak mampu dah nak tahan tubir mata ni. Dari hari ahad sampai esok (rabu) baru ayah balik rumah. Kesian ibu juga kesorangan kat rumah dengan adik lelaki je.

Bukan adik tak suka dengan hostel, dia happy, dapat roomate pon yang best-best. Memang dia ceria, adik kata, nak kata rindu sangat kat ibu pon tak jugak. Tapi kata adik "aku pon tak tahu kak, kenapa aku takut sangat." Sebelum tidur haritu dia citer semuanya kat aku, sebelum tu pon ibu cerita jugak, waktu ibu cerita...sebak aku rasa..kesian kat adik, sampai begini dik ujian yang kau kena hadapi, tapi yang pasti, kau boleh bergantung harap pada ku, tapi bergantung harap yang paling Agung dan Utama adalah pada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Dia menguji sesuatu sesuai dengan kesanggupan hambaNYA. Tidak melebihi limit kemampuan hambaNYA. Kerna Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ini yang selalu aku pesan pada adik. Moga kau kuat dalam menempuh dugaan ini. Ini dugaan KITA, bukan adik sorang. Ibu, ayah, akak, abang, aki.. Kita bersama.

AKU

Bukan adik sorang yang mengalami gangguan, hmm. Aku juga, tapi mungkin tak sehebat adik. Tapi yang aku paling tak tahan dia ganggu solat aku. Doa if titah aku baca ayat kursi. Duduk antara dua sujuk aku baca tahiyat awal. Serabot! Aku marah dan geram. Tapi aku kena sabar. Jika Allah mahu berikan kebaikkan kepada seseorang, maka akan diberi ujian kepada dirinya. Dalam nak ubatkan adik, aku pon kena ubatkan diri aku juga. Tapi diri aku, aku boleh handle, cuma kadang aku rasa tak berdaya sangat, kena fikir sorang-sorang. Nak cerita kat kawan seakan macam tak memahami, nak berpaut pada suami. Belum nikah lagi. hehe.

Mimpi ngeri..ya..aku tak tipu..kalau taknak percaya sudah..biar aku hadapi sorang-sorang kat sini..lihat sajalah aku merana..ok? cewah..takpa..korung tak pedulik kat aku, aku tak kesah.. Tak rugi pon, yang penting Allah masih lagi pedulik pada aku. Allah uji nilah tanda Dia pedulik. alhamdulillah~

Dan aku takkan bagi peluang kat syaitan durjana laknatullah ni untuk menguasai dan bermaharajalela dalam diri aku! Tidak sesekali tidak. Aku gagahkan diri biar seribu kali pon aku jatuh tersembam kebumi. Biar sakit untuk bangun kembali, kalau tak de orang nak bantu tak pa, biar aku sorang-sorang. Yang penting Allah ada..Allah ada..Allah ada dengan aku..

Esok juga aku ambil adik dari UiTM untuk berubat dengan Ustaz. Dia tak sabar nak berubat katanya. Akak tahu adik kuat, adik mesti boleh buat! Mesti boleh... Adik kata "kak, adik tak sabar nak jumpa ustaz tu esok, nak cerita semua kat dia." Lega rasanya... InsyaAllah..doakan perjalanan aku pergi dan pulang mengambil adik selamat. Aku sorang-sorang. Takpa. Allah ada..Allah ada..Allah ada..

Arini ni (2/6/09) pon aku hampir-hampir je nak ponteng kelas MA sebab..aku rasa betol-betol tak de kekuatan nak pergi. Tapi aku gagahkan diri jugak walau kelat 45minit! Memang gila, aku tak pernah wat kerja gila macam nih. Aku pon terasa letih sangat sekarang, minda dan perasaan aku letih. Faham ke? Tak faham? Hmmm..tak pelah.. biar aku cakap sorang-sorang macam orang gila pon tak apa. Yang penting aku puas..aku rasa lega.. Sebab nak cita kat sorang hamba Allah tu aku tak ada mood. Sebab aku tengah merajuk dalam diam dengan dia, tapi dia tak perasan..biarlah..

Moga Allah permudahkan urusan aku pada esok hari, menguraikan keserabotan dalam kepala otak aku ni. Memang lintas pintas berlaku..Jangan shut down sudah..astagfirullah al azim..
Akhir kalam..wassalam..

wallahualam~

p/s: terasa dengan membe bila cita dia kondem, cakp adik gembeng. Ko pk ape! ingat senang ke. Muka aku memang senyum, tp dalam panas. dlm keadaan aku tak stabil sekarang ni, takot-takot aku meletop luar kawalan yang aku sendiri tak expect. Jadi, tolonglah memahami, or kalau tak faham..buat-buat faham pon jadilah. peace no war! (^_^)

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)