Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

10 February 2015

Di Rumah Pak Cik Jalal

Bismillah..

Selepas dapat keputusan PMR yang agak baik, aku diterima masuk ke sebuah sekolah agak baik di Kuala Lumpur. Ketika nak mohon tu kononnya saja nak mohon sekolah jauh-jauh. Nak merantau niatnya.

 Kat sini lah tahu istilah "home sick". Padan muka. T_T

Nak di pendekkan cerita aku melanjutkan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur atau dikenali dengan Technical Institute of Kuala Lumpur (TIKL).

Bila masuk asrama ni culture shock la sebab sentiasa je rasa penat dan mengantuk dalam kelas. Lepas tu rasa lapar je nak makan. hehe.

*ke aku sorang je yang rasa macam tu?*

So, pembelajaran jadi kucar kacir la, rasa payah nak adapt dengan situasi dekat asrama ni.

Waktu form 4 ketika awal-awal masuk asrama aku satu dorm dengan seorang budak ni, namanya Naimah Bt. Abdul Jalal. Tapi dia tak lama sangat duduk asrama sebab lepas tu mohon jadi out sider sebab ada isu la dekat dorm tu. haha. Aku masih ingat lagi, ko ingat tak mah? :)

Disebabkan naimah dah jadi out sider, ibu selalu kirim duit, pos duit ke rumah Naimah untuk diberikan kepada aku. Sebab duduk asrama 3minggu sekali je boleh balik, rumah pon jauh la katakan kan.. Dari situ la jadi rapat dengan Naimah..

Naimah ni orangnya baik dan manis raut wajahnya.. ececeh.. ni betul, tak tipu.. So bila rapat ade sekali tu bila outing aku pon balik la , bertandang ke rumah Naimah di Kota cheras.. Pulak tu keluarga Naimah ni asalnya orang Johor, keturunan jawa.. waa..lagi boleh masuk la... Boleh geng la orang bandar kata..

Satu hari lepas balik dari tangkak, dari Station bus Pudu (waktu tu) aku jalan kaki nak masuk asrama, aku nanges tepi jalan, atau aku duduk nanges tepi jalan..

*tak berapa nak ingat la..*

tapi naimah nampak aku nanges la yang penting.. lepas tu.. pastu aku cakap la rasa tak boleh nak study la duduk dekat asrama ni.. hua hua hua.. nanges... hahaha.

Mungkin Naimah balik cerita dekat parents dia lepas tu jumpa aku offer aku duduk rumah dia, masa tu lagi 3 bulan sebelum SPM.

 I was very poor on my MATH, like SERIOUSLY tak suka MATH! pulak tu amik FIZIK, ADD MATH, memang its was like........ belajar tak faham apa-apa pon dekat kelas! 0_0.

Tapi Naimah very good in math, dia la yang ajar aku dan tak sangka pulak, aku boleh dapat A dalam matematik moden, add math memang sorry la.. haha. Terima Kasih Naimah!

Jutaan terima kasih kepada jasa, budi dan ihsan
daripada kalian sekeluarga. pak cik, mak cik, kak jiha, kak anis, abg ayip dan naimah :)


Ketika di rumah Pak Cik Jalal..

Haa, baru nak masuk topik, tadi tu intro je.. kemain panjang..

Jadinya, bila duduk rumah orang, maksudnya aku duduk di rumah orang yang tidak ada langsung pertalian darah dengan aku. Bukan ayah, bukan abang. Its totally stranger. Kata arabnya, "ajnabi", asing.. dan di sini aku belajar lebih tentang tutup aurat.

Sebelum kenal keluarga Naimah, kalau orang datang rumah, atau kita keluar ke laman rumah , depan rumah je nak buang sapah atau sapu sampah, jarang kita tutup aurat pakai tudung. Kan?

 Kalau nak keluar jalan jauh je baru kita tutup aurat. Sedangkan, tidak kira di mana sahaja, jika dalam rumah sekali pon tapi ade sekali orang asing, kita mesti tutup aurat.. ramai orang terlepas pandang akan hal ni.


Dengan adik ipar.

Abang ipar, suami kakak kita.

Pak cik yang di kahwini oleh mak saudara kita.

Adik beradik lelaki suami kita.

Dengan sepupu-sepupu lelaki kita.


Mereka semua lelaki asing yang boleh kita kahwini, Haram sementara. Jadi kita kene tutup aurat sempurna dengan mereka. Maksudnya kalau balik kampung memang 24hour dalam rumah kene pakai tudung.


Maksudnya kalau duduk satu rumah, keluar bilik kita je dah kene tutup aurat.

Maksudnya, kalau orang asing bertandang ke rumah kita kene tutup aurat sempurna.

Maksudnya kalau jejak ke beranda rumah je, pon nak kene tutup aurat sempurna.

Tutup aurat sempurna maksudnya baju lengan panjang, pakai tudung. bukan pakai baju lengan 3 suku, lepastu pakai tudung.


So, dekat rumah Naimah memang aku 24hour pakai tudung bila keluar je dari bilik aku. Since then, balik kampung memang 24hour pakai tudung je..

Contoh situasi yang lazimnya berlaku..

Duduk rumah dekat kampung, depan rumah pak cik, belakang rumah atok.. Jadinya senang sedara-mara nak access keluar masuk rumah, jadinya kene sentiasa tutup aurat jika mereka masuk..

Duduk dengan keluarga mertua, dimana kita ada adik beradik ipar lelaki, jadinya kene sentiasa tutup aurat..

Kawan-kawan suami datang rumah, atau ada orang bertandang ke rumah.. kita kene tutup aurat..

Penat? Jangan risau, dunia kan sementara.. Nanti, jika di izinkan Allah dan kita dapat masuk syurga (mudah-mudahan), dalam syurga kita tak payah pakai tudung dah.

                *******************************************************

Marilah kita perbaiki amal ibadah kita, semoga mendapat redho dari Allah swt dan dapat masuk ke syurgaNYA.

Semoga perkongsian tak seberapa ni dapat memberi manfaat kepada kita semua.. ameen..







NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)