Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

31 January 2015

Pengalaman Penyusuan Anak Sepenuhnya (full breastfeeding)


Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2015. Baru harini unblok blog selepas 7 bulan lamanya di private kan. Sorry untuk bahasa aku yang agak kucar kacir sikit. :)

Jadinya, nak kongsi sedikit pengalaman yang tak seberapa ni mengenai pengalaman menyusukan anak pertama dan anak kedua, semoga berguna buat ibu-ibu di luar sana. 



Impian setiap ibu-ibu.

Menyusukan anak sepenuhnya sudah pasti menjadi impian semua ibu-ibu atau bakal ibu.

Tapi, tanpa persediaan diri dengan ilmu pengetahuan seringkali membuatkan proses terbantut di tengah jalan,

Lagi parah, kalau si ibu terus putus harapan.


Pengalaman anak pertama.

Pengalaman anak pertama agak tragis aku rasa. Salah diri sendiri sebab tak prepared diri dengan knowledge.

Sewaktu melahirkan Fatiyyah, discharge dari hospital sebenarnya dalam keadaan baby belum kencing, kalau bersalin dekat hospital, hanya boleh dis charge bila baby dah berak dan kencing (pengetahuan buat yang belum pernah bersalin lagi).

Semalaman cuba susukan tapi air susu belum berapa banyak lagi.

Ada sikit-sikit.

Hari ke-2 baru la susu keluar banyak, selepas berurut. Bila dekat rumah, nenek Fatiyyah jadi panik, cucu tak kencing lagi.

Sepupu aku bagi nasihat "free", bagi la susu formula dulu buat sementara supaya dia kencing dan "kesian baby lapar". Kononnya lah.

Aku dengan "berat hati" dan memang risau pon termakan lah nasihat tu. Kalau ingat sampai sekarang memang geram tapi itulah pengajaran yang aku ambil.

Iaitu mempersiapkan diri betul-betul tentang ilmu penyusuan.

Ikutkan ibu aku dulu pon susu dia tak terus keluar.

Tapi bila kene dekat cucu, worried over take because there is no knowledge , menyebabkan tindakan memberi susu formula terjadi.

Sedangkan, yang sebenarnya perut seorang bayi hanya sebesar kacang pis je.

Maksudnya kecik.

Dan susu yang sedikit memang mencukupi untuk baby. Kalau baby nangis bukan semestinya dia lapar, kadang dia tak selesa, atau panas, atau nak kita borak dengan dia.

Proses penyusuan ibu dan anak kan aturan Allah.. Mesti Allah tahu keperluan baby tu...... Yang kita risau tak tentu pasal kenapa?

Grrrr..

Tapi..... aku tetap tak berputus asa untuk menyusukan Fatiyyah susu badan, after 5months alhamdulillah dapat sepenuhnya susu badan.

Sebab, tiap kali susukan badan rasa macam tak cukup baby kenyang. Yela, bila baby tu dah terbiasa di bagi banyak, dia nak banyak. Akhir sekali aku nekad, susu badan je.

Alhamdulillah, berjaya. walaupon kadang ibu suruh bagi susu formula, tapi aku buat tak tahu je.

Kita sendiri kenalah kuat. Dan kekuatan tu datang dari Allah.. so banyakkan lah berdoa :)

Dan ini bukan salah nenek, kita sendiri yang tak siapkan diri dengan ilmu pengetahuan.


Pengalaman penyusuan anak kedua.

Anak kedua memang aku bulatkan hati.

Sediakan diri siap-siap dengan ilmu.

Dan yang penting kita haruslah bersiap sedia dengan kemungkinan. Kemungkinan susu  keluar serta-merta, yang ni tak jadi masalah. Tapi kemungkinan susu tak terus keluar.

Bila aku baca-baca, rupanya ramai ibu-ibu kat luar sana tu yang macam aku! Maksudnya, yang menghadapi cabaran susu lambat keluar.

Dan ianya merupakan sesuatu yang NORMAL. Ada juga tips-tips orang dulu-dulu boleh try, tapi aku cuma urut sahaja.

Bila susu sikit, janganlah terus claims, susu jenis tak banyaklah, memang keturunan susu tak banyaklah. Dah kalau mind set fikir macam tu, memang la jadi macam tu!Grrrr...

*okey aku memang emosional sikit kalau cerita pasal ni*. haha.

Aku memang dulu malas membaca. Dan aku menyesal sebab malas membaca. Smart phone di hujung jari, tapu buka fb, twitter je.

Jangan jadi macam aku yang dulu ye korang-korang.

Patut zaman canggih, lagi senang kita nak access dengan ilmu!

Penyusuan anak kedua lebih lancar dan lebih confident. Alhamdulillah hadi dah nak masuk 10 bulan dan sepenuhnya susu badan. Alhamdulillah..

Doaku kepada ibu-ibu di luar sana semoga kalian kuat dan terus berjuang.


Tiada istilah sudah terlambat!:)

Berita baik, Its never too late to start. Gagal anak peetama? Kita cuba anak kedua. Atau kalau yang sudah ada empat ke lima orang anak, anak yang seterusnya:)

Untuk tips macam mana nak banyakkan susu, boleh search kat blog lain sebab takde tips sangat nak share dan tak berapa rajin nak explain. he he.

Cuma boleh kongsi sikit, mind set dan nutrisi lengkap amatlah baik untuk ibu-ibu.

Sekian.


FARIHA 1036

MASJID TANAH

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)