Fariha Saibani on Instagram!

19 April 2014

Pengalaman bersalin di Hospital Islam Az-zahrah Bangi

Salam..

Syukur alhamdulillah dengan izin dari Allah aku selamat melahirkan anak di Hospital Islam Az-zahrah Bangi. Bukan untuk keselesaan semata tapi untuk jaminan yang merawat aku kesemuanya adalah perempuan. 

semua nurse perempuan.




Dilema wanita melahirkan anak

Mulanya aku plan nak bersalin dekat KPMC (Kajang Plaza Medical Center). Tapi sebab ada sorang doktor lelaki ni so aku jadi kurang confident takut2 kalau tiba2 dia ke yang kene handle aku, dah la tujuan kelaur duit lebih sebabnya nk doktor perempuan. Tapi apa pon korang istikharah la ye:) I might be wrong, yelahh depends on feeling. hehe

Kalau besalin di hospital kerajaan kita memang tak berapa nak ada pilihan untuk memilih doktor yang kita nak, bukan doktor siapa, tapi doktor apa. Lelaki atau perempuan. Dan itulah service yang di tawarkan di Pusat rawatan Islam Azzahrah. 

Doktor yang menyambut kelahiran anak aku adalah Dr Noraini. waktu nak push baby atau even waktu check up Doktor ni selalu akan cakap, okey good, very good, baby is very  good. Sedap je telinga mendengar. 

So, daripada awal sampai akhir memang yang menguruskan kita adalah wanita.:) 


Pakej Al-Kautsar

Aku ambil pakej paling basic. Next time in shaa Allah boleh ambil yang VIP room punya:) Tapi.... rezeki Allah nak bagi, aku dapat two bed room sebab 4 bed room dah full, tapi bayaran sama sahaja macam 4bed room..



 Alhamdulillah.. sayang Allah.. sobss..


boleh rujuk di link ini al-kautsar

Aku admit masuk wad 8.00am 16 April, dan settle bill 3pm, 17 April, nurse akan inform kita bila bill dah siap kira dan boleh bayar. Total bayaran yang aku bayar alhamdulillah cuma RM1800++. Sebab aku ade ambil service tambahan; ubat tahan sakit, anti-biotik, ubat tidur selepas bersalin, yang tak de dalam pakej. hehe. Yela kan, sebab tak tahann sangat sakitnya, kalau korang boleh tahan tak yah lah ambil, lain orang kan lain :) 


Kos Bayaran merisaukan anda?

Ni memang concern semua orang, ramai orang yang akan cakap, nak bersalin kat hospital private ni kene ada duit backup lebih, kalau apa-apa jadi nanti kene bayar lebih. Risau kan? Aku pon sama.. Duit memang tak de lebih mane, memang cukup-cukup sahaja. Siap call seorang distributor Herbalife yang aku tahu dia deliver dekat Az-zahrah tanya pengalaman dia macam mana, dan lepas call tu bertambah yakin dan lega, kebetulan yang sambut baby doktor yang sama. Lagi berbunga-bunga hati aku:) 

Tapi aku NEKAD, memang bismilllahitawaqqal je banyak-banyak pada Allah, aku memang selalu doa banyak-banyak, "Ya Allah cukupkanlah keperluan bersalin ku dan janganlah Kau bebani aku dengan kos yang aku tidak mampu".

Dan kita kadang takut dengar pengalaman orang bersalin di hospital private ni ada komplikasi atau perkhidmatan yang tak best di sebabkan sebba-sebab tertentu, kene hantar ke hospital kerajaan sebab hospital  private ni tak de peralatan lengkap, etc. So, aku pegang, kuat-kuat yang Allah tak kan bebani aku aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu dan banyak bersangka baik dan berdoa dengan Allah. Lain orang lain ujian Allah bagi.

Aku yakin kerana niat aku nak bersalin kat situ kerana Allah, dan pasti Allah akan bantu aku. Jadi, doa banyak-banyak dan istikharahlah:) Dan Allah bagi perasaan confident kat aku yang in shaa Allah aku akan bersalin normal, dan tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku.

Alhamdulillah... :) 



Nurse dan bidan yang supportive

Setiap kali nurse yang datang check aku atau bidan yang nak check keadaan aku mesti ingat aku nak deliver anak pertama. hehe. Sebab, sakit sikit aku dah tak tahan, tapi diorang layan je kerenah aku. Aku tak de la cerewet, tapi manja sikit. haha. Tapi tak cerewet, sumpah. haha. Kemain. 

Especially nurse yang sambut baby di labor room. Terima kasih sangat-sangat dekat diorang sebab sangat supportive diwaktu-waktu genting dan aku memang tahap tak boleh nak tahan. ngee :) 



Perkhidmatan yang selesa dan layanan yang best

Best pada aku bukanlah nak di layan dengan layanan VVIP, tapi suasana Islam tu yang menenagkan. Bestnya bila aku sakit sangat, siap ada ustazah datang dan bacakan doa semoga segalanya dimudahkan. Ada nurse yang datang untuk check berapa kekerapan contraction dan tahap kekuatan contraction supaya aku boleh cepat-cepat masuk labour room.


Dapat kad tahniah dari Az-zahrah yang didalamnya doa-doa yang boleh kita amalkan, dan sekali lagi ustazah Hospital Az-zahrah datang untuk bagi madu untuk tahnik kan baby, dan baby dapat FREE goodies, beg dan sabun mandi kat dalam tu.

Bila nak balik tu, nurse akan tolak kite kat wheel chair sampai ke depan pintu kereta. Yang paling best sepanjang dalam bilik tu sentiasa alunan bacaan al-quran terpasang, terasa sangat biah solehah kat situ:)

Di layan istimewa:)  


Doa itu senjata

Jadi, kesimpulannya, aku suka dan bersyukur selamat melahirkan baby di sini dan banyak-banyaklah berdoa kepada Allah semoga segala urusan dipermudahkan..

Semoga berkongsian aku yang tak seberapa ni memberi manfaat kepada anda semua:)

Sekian, wallahua'lam :)



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CONTACT US NOW!
Fariha 010-894 5543
Rasyiid 016-353 0655

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)