Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

31 October 2013

Kau pergi jua

Suatu berita mengejutkan, yang tidak siapa pun sangka. Mesej dari akh Rasyid amat mengejutkan. Terus deras laju mata menumpahkan airnya, dan lantas aku berlari ke hubby. 

Mesej singkat ringkas. " sahabat/ah... Annaim meninggal jam 4.50pm tadi."

Terus aku menghubungi abg Rasyid dengan harapan bahawa berita ini tidak benar. Berharap! Tapi sejurus terdengar suara abg Rasyid yg dalam esakkan, aku masih lagi tidak percaya. Kemudian aku cuba mengesahkan sekali lagi dengan cuba menelefon adiknya, dengan harapan ada kesilapan dalam penyampaian berita, "dik, naim okey?"  Namun kali ini harus ku terima bahawa berita ini berita benar. Bahawa perkhabaran akan pemergiannya adalah benar. 

Tidak ku sangka pertemuan tahun lalu ketika beliau menziarahi aku dalam pantang dan Fatiyyah rupanya itulah kali terakhir kami akan berjumpe. Selalu teringat-ingat dan merancang untuk menziarahi naim, tapi tidak kesampaian.. 

Kita tak pernah tahu andai hari ini hari terakhir untuk kita.. 

Tidak tegar rasanya untuk aku meletakkan panggilan "arwah" di hadapan namanya. 

Setiap hari masih lagi rasa "belum percaya".

Rasa segalanya berlaku terlalu pantas. Banyak susah senang yang di lalui bersama, boleh ku katakan, sahabat ini, sahabat dunia akhirat.. 

Walau pon jarang berhubung, tapi dalam perbualan antara aku dan hubby, memang selalu saja namanya meniti di bibir kami. Banyak kali merancang untuk menziarahinya tapi belum kesampaian lagi. 

Kalian yang lain2 juga, sentiasa dalam perbualan kami. Being silent doesn't means that we've forgotten about you. 

Setelah sekian lama tidak ketemu, yang ku ziarah rupanya pusaramu.. akhirnya.... Akhirnya kita bertemu, tapi bukan bertentang dua mati lagi.. tiada gurau senda lagi.. hanya doa yang sentiasa meniringgi... 




Tapi kita masih lagi melakukan sesuatu.

Inshaa Allah pada 16 november 2013, satu rombongan sahabat2 akan menziarahi keluarga allahyarham Mohd Annaim bin Ali di pasir gudang,johor.
Jadi pada sesiapa yang mengenali arwah dan ingin membantu meringankan keluarga, sumbangan dari semua kawan2 amat dialu2kan..
Sumbangan boleh diberi pada akaun bank yg tertera :

NOOR ATHIERAH BINTI SAID
08170079140526 (CIMB)


Inshaa Allah,sumbangan akan diberi sendiri oleh kami atau wakil sahabat pada keluarga allahyarham. Seberapa pun diterima,seikhlas hati demi membantu meringankan beban..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi/wassap saya, di no tel 019 5140507 atau fb (Thiera Said).
Kami ucap setinggi2 terima kasih pd semua yg sudi membantu,semoga Allah rhmati kalian..




Semoga ruhmu dicucuri rahmat. Perpisahan ini perpisahan sementara. Moga kita berjumpa di akhirat nanti. Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Kan ku utuskan doa kiriman untukkmu... Semoga Allah berkatimu....

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)