Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

27 May 2012

Fatiyyah 1bulan 25hari



Salam

Nak ucapkan berbanyak-banyak Terima kasih pada Abg Hassan, Naim, Kak ipa, Syaza, Hazel, Rahmah & pali, Sarah, Iera, Lina, Izzaty, Amalina&Abqari sebab sudi datang rumah and bagi hadiah kat Fatiyyah. Fatiyyah sekarang lagi femes dari ummi dia. huhu. Aku sampaikan tak terbeli-beli baju sebab banyak sangat orang bagi, alhamdulillah, syukran jiddan:)

Ada yang teringin sangat nak jumpa tapi tak sempat-sempat no problem, nanti ada rezeki kita jumpa. Nah, ni possing2 comel fatiyyah, cameraman nyer ibu aku. haha. sikit2 ambil gambar, lebih rindu cucu dari aku. Profile picture handphone semua orang dalam rumah ni semua gambar die. Adeh.

wek-wek;p

ummi, VIP macau ye bulan ni, haha

I Love Herbalife, how about you?:)

ummi nak susu nak susu.gagaga

Lose weight now, Ask me how! hihi

muka sememeh nak nangis.. uweek uweek

mata stim nak tdo~~

isap jari tanda haus saaagaaat nih!!huhu

kalau tido paling suka posing macam ni..

posing paling gediks!!haha. anak ummi

Tiap hari ada je gaya terbaru dia yang buat aku and hubby ketawa, kalau ada je benda baru yang dia buat menjerit2 hubby panggil aku. Excited nengok perkembangan baby. Sehari tak jumpa, aduh frust macam orang putus cinta.hahaha.

Dari Fatiyyah: doakan saya PRESIDENT TEAM 2033 UMUR 21TAHUN YE:) Jangan lupa minum shake kalau nak comel macam saya, contact ummi cepat2 tau untuk appointment.hihi

babai!

16 May 2012

Singapore - EXTRAVAGANZA

Salam..

BEFORE  EXTRAVAGANZA
Aku harini cukup-cukup 44hari selepas melahiran Fatiyyah. Kalau orang melayu 44hari baru habis pantang, orang jawa 40hari. huhu. Tapi ada second part waktu berpantang, sampai hari yang ke 60hari aku tak boleh la nak jalan-jalan laju sangat, tak boleh nak angkat-angkat benda berat.



Aku n hubby decide not to bring Fatiyyah with us sebab rasa dia masih kecik sangat, nanti kalau nangis-nangis kesian. Pengorbanan berjauhan dengan anak yang orang kata masih merah lagi untuk 5hari. kalau orang lain boleh bagi macam-macam alasan yang memang logik baru habis pantang, anak susu badan, tak boleh nak tinggal anak. Tapi sebab kitaorang sangat desperately nak SUCCESS and succes require SACRIFICE. Success not come by accident. Saja-saja je ko boleh berjaya. But we are going to make this worth it! Berbaloi kot untuk dapat income RM30K end of this yeaar kan?:) (sape nak join saya boleh isi borang atas~~wee~~)

SINGAPORE
Kat Singapore takde apa yang jauh beza dengan Malaysia pon cuma hubby cakap macam "Malaysia yang ada a littke discipline" so jadilah Singapore. huhu. Orang lain pergi Universal Studio tapi aku n hubby chose not to go coz aku nak ada enough rest untuk registration esok.

Petang tadi solat di masjid Mohd Salleh aku berkenalan dengan seorang makcik yang sebaya dengan ibu aku ade anak belajar dekat UIA Gombak. Alhamdulillah dapat sedara baru makcik ni duduk dekat jerung. Raya nanti boleh la datang:) sempat tangkap gambar semua tapi oleh kerana tak bawak cable so tak boleh nak upload sekarang, balik malaysia nanti baru upload la ea. hehe.

Since aku memang tak pernah pergi mana-mana luar negara so setiap negara yang kitaorang pergi memang JAKUN la kot sebab semua negara 1st time. haha. boleh baca kat sini --> http://bannateha.blogspot.com/2012/01/thailand-vs-korea.html

Nothing much to say on 1st day here, cuma aku rinduu sangat kat Fatiyyah, we do this for you dear.. Ummi dengan abi rinduuuu sangat kat fatiyyah, kali ni je, pasni takde pisah-pisah dah. Bulan 9 ni kita pergi Macau bawak tok ayah dengan nek ibu sekali ye.

babai.

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)